19 December 2010

"REALITI&FANTASI?" KE MANA HALA PBAT?


Bolasepak semakin hari semakin popular dan itu memang tidak dapat disangkal lagi. Ke mana sahaja kita pergi sebut pasal bolasepak pelbagai persepsi dan hujah akan cuba dilontar berpandukan pengalaman, pendapat dan pendirian masing-masing.
(imaginasi penulis)
Dalam kontek membangunkan sukan ini di Malaysia, ianya tampak agak suram walaupun terpancar sekelumit sinar harapan buat bolasepak Malaysia sejak kebelakangan ini, namun persoalannya, adakah ianya memadai? Cukupkah sekadar terima seadanya? Penulis yakin pelbagai respon yang akan dilontarkan jika isu pembangunan bolasepak Malaysia didebatkan.

13 October 2010

PENYOKONG ATM DI STADIUM SELAYANG - ATM V KEDAH RESULT 1-1

Inilah semangat yang kita inginkan. Penyokong ATM telah menunjukkan contoh terbaik. Tidak kira apa keputusan, semangat tetap semangat. Sport is Sport. Syabas!

07 October 2010

"Taburkan Bunga Di Atas Pusara"

ATM mempamerkan aksi yang agak memberansangkan semalam namun belum cukup untuk mengekang kehebatan Johor FC yang dipaksa oleh anak-anak buah Zulhamizan Zakaria untuk berkerja keras sebelum mencatatkan kemenangan 2-1. Nasib ATM seakan-akan sama samada dalam Liga Perdana mahupun Piala Malaysia. Dengan gelaran pakar seri cukup untuk menghadirkan rasa 'cuak' kepada pasukan lain.

Pun begitu, peluang sudah tertutup rapat untuk ATM mencipta sejarah layak ke Suku Akhir. 3 mata dari 5 perlawanan peringkat kump c tidak cukup untuk menyaingi Johor FC 9 mata, Perak 7 mata dan Kedah 6 mata.

06 October 2010

ATM VS JOHOR FC | TM PIALA MALAYSIA 2010 KUMP C

ATM bakal berdepan Johor FC sekali lagi dalam meniti ke puncak mengejar impian ke laluan seterusnya dalam misi memburu gelaran Juara Piala Malaysia. Sejak awal saingan lagi ATM mula melakarkan sesuatu yang berjaya meraihkan keyakinan penyokong setia yang telah lama menghilang dek kerna prestasi ATM sebelumnya yang begitu teruk.

Pun begitu, tewas kepada Perak 0-1 tempohari sedikit merencatkan tempo perjuangan anak buah Zulhamizan Zakaria untuk memburu kemenangan sulung peringkat kumpulan C. Berdepan Johor FC dilaman lawan menjanjikan sesuatu yang agak mencabar. ATM wajib menang perlawanan ini untuk mencerahkan peluang ke suku akhir.

Segala nya seolah-olah sempurna buat ATM ketika ini. Inilah saat yang para penyokong idamkan. Pasukan yang berkebolehan, mantap dan penyokong yang bertambah dan makin menggila. Secara spontan penulis bertanya kepada salah seorang penyokong Perak tempohari di Selayang, apa pendapat beliau tentang Team ATM? Ayat pertama dijawab," 'GILA!!' Penyokong Menggila!! Macam Dirasuk! Sebelum wisel sepak mula hinggalah para pemain dan pengadil masuk ke bilik persalinan selepas tamat permainan masih berbunyi gendang, muzik diikuti dengan nyanyian-nyanyian lagu semangat! Boleh dapat Anugerah Penyokong Terbaik 2010!!!" Itu pendapat pemerhati bebas yang amat teruja dan bangga, kerana sudah lama bolasepak tidak diserikan dengan penyokong yang begitu fanatik kecuali Kelantan.

Jadi, GAGAH SETIA! RELA BERKORBAN! Suara Kami SENTIASA DIANGKASA!!

12 August 2010

TM PIALA MALAYSIA 2010 - Undian Rasmi (Pasukan ATM)

Saingan untuk merebut Piala Malaysia Edisi 2010 agak perit buat ATM setelah mereka diundi dalam kumpulan yang agak 'maut'. Perak, Kedah dan Johor FC. Bermula dengan pusingan pertama pada 14, 17 dan 20 Sept 2010. Manakala pusingan kedua pada 3,6 dan  Okt 2010. 


Kita mulakan analisis ringkas tentang pasukan Perak. Perak mengalami hari-hari yang sukar sejak dua tiga musim kebelakangan ini. Namun begitu, mereka mengakhiri sisa Liga Super dengan bergaya sekali. Rentak cemerlang jelas apabila mereka berjaya menundukkan Gergasi Merah Selangor di Ipoh pada 06 Jul 2010 lalu dengan jaringan tipis 1-0.

Rentak cemerlang sedikit goyang apabila mereka seri 1-1 dengan T-Team di K.Terengganu dan 0-0 dengan N.Sembilan di Seremban. Seolah-olah hilang fokus, Perak tumpas bermaruah ditangan KL 1-0, yang mana jelas Perak mengasak bertubi-tubi hingga tamat permainan namun tiada gol dapat dihasilkan. Kekalahan itu tidak dapat diterima oleh Ketua Jurulatih Perak Raja Azlan dan rombakan taktikal dan strategi dibuat sekali gus Kedah menjadi mangsa amukan Perak setelah tewas di Ipoh. Perak mengakhiri Liga Super dengan membenam pasukan akan ke Liga FAM musim depan iaitu Pulau Pinang dengan jaringan 4-0.

05 June 2010

ATM FA DAN HARAPAN | TM LIGA PREMIER 2010

Tentera melakarkan kejayaan 2-1 ke atas Melaka, sebelum jadual Liga Perdana ditangguhkan sehingga 12 Julai 10 akan datang. Pun begitu, Tentera perlu lebih konsisten dalam baki 3 perlawanan masing-masing menentang Pos Malaysia 12 Jul, PDRM 16 Jul dan Felda United 23 Jul. Kedudukan Tentera dalam liga juga menggambarkan betapa rapuhnya keadaan dan kondisi mereka yang mana misi awal mereka dulu adalah untuk merebut tempat untuk ke Liga Super 2011 nanti. Segalanya semakin kabur sekarang. 

Namun begitu, mereka perlulah memenangi semua baki perlawanan dan memastikan 9 mata adalah milik mereka sambil mengharapkan 3 pasukan di atas mereka tempang dalam baki perlawanan selepas ini. Tentera perlu sekurang-kurangnya mengakhiri liga perdana di tangga ke 4 seperti mana sekarang. Harimau Muda B dan Sarawak dilihat mampu mencabar kedudukan mereka. Harimau Muda B berada rapat di belakang Tentera dengan 31 Mata selepas 18 perlawanan dan Sarawak di tangga 6 dengan 28 Mata. 

23 May 2010

Tentera gagal kekang Sabah

Tentera gagal membalas dendam terhadap musuh ketat mereka Sabah. Dalam perlawanan lalu, Sabah menewaskan Tentera dengan 2-0 di Likas. Dalam pusingan pertama di Selayang, Sabah berjaya mencuri 3 mata dengan kemenangan di saat akhir 1-0.

Baki perlawanan selepas ini Tentera perlu menang dengan pendahulu liga semakin garang dan makin jauh meninggalkan lawannya yang lain. Tentera yang hanya tewas 2 kali dan lebih tragis mereka tewas kepada lawan yang sama. Ternyata, Sabah adalah 'badi'kepada Tentera. Diharap ianya tidak menjadi tradisi di masa-masa akan atang.

Teruskan perjuangan! GEMPUR WIRA!!

07 May 2010

Preview ATM vs Shahzan Muda - 07 Mei 2010 | TM Liga Premier 2010

07 Mei 10. Tentera bakal berentap dengan Shahzan Muda yang akan bertandang ke Stadium Selayang untuk perlawanan ke 14. Dalam pusingan pertama lalu, mereka hanya berkongsi mata di Kuantan. Tentera ternyata rugi ketika itu sedangkan berpeluang untuk mencuri 3 mata penuh. Namun begitu, peluang masih ada Jumaat ini untuk memastikan 3 mata milik mereka.

Berdasarkan prestasi lalu, Tentera dilihat tidak mempunyai masalah besar untuk menundukkan Shahzan Muda yang hidup segan mati tak mahu dalam Liga Premier 2010. Mereka penghuni tegar tangga tercorot liga dengan 1 Menang 1 Seri dan 11 Kalah dengan memperoleh 4 mata saja. Amat memalukan buat Tentera jika seri atau kalah.

05 May 2010

TENTERA IKAT ANAK HARIMAU MUDA DI MELAKA! | HM 4 - ATM 4

Bagaikan mimpi. Seri 4-4. Memang menakjubkan! Ketinggalan 3-0 di separuh masa dan bangkit dengan 4 gol di babak kedua. Memang hebat! Penulis secara peribadi mengucapkan tahniah, biarpun gagal mengutip 3 mata penuh. 

Seperti yang penulis komenkan dalam artikel lalu ternyata berubah hampir 100%. Bayangkan dua perlawanan sebelumnya ATM 'lack chances for a goal'. Tetapi entah apa yang disuntik mereka bangkit secara tiba-tiba untuk mengikat anak-anak Harimau dengan keputusan seri. Harimau Muda B sememangnya kurang dari segi pertahanan berdasarkan jumlah bolos yang kini mencecah angka 27. 

Tentunya, para peminat ATM menarik nafas lega dengan kebangkitan ini selepas disajikan dengan aksi longlai di Selayang menentang PKNS dalam perlawanan lalu. Penulis harap satu. Konsistensi. Tingkatkan jangan kekalkan, jika tidak tiada kemajuan. 1 ATM 1 MALAYSIA! ATM BOLEH!


29 April 2010

Preview Harimau Muda Vs ATM - 03 Mei 2010- TM Liga Premier 2010

VS 

Harimau Muda B akan menanti kunjungan Tentera dilaman mereka Stadium Hang Tuah Melaka untuk perlawanan ke 13 TM Liga Premier 2010. Tentera kini dilihat bergelut dengan konsistensi untuk  mencari kemenangan dalam perlawanan mereka. Dalam dua perlawanan terakhir, mereka gagal memungut 3 mata dan saingan untuk ke puncak Liga semakin terbuka. 

26 April 2010

Kedudukan Tentera Terancam - TM Liga Premier 2010

Dua perlawanan yang lalu, ATM bertemu pasukan yang sama iaitu PKNS. Namun kedua-dua perlawanan ATM memperoleh hanya 1 mata. Peluang ini digunakan Sabah untuk memintas ATM dan PKNS untuk berada di tempat kedua liga dibelakang Felda United.

Penyokong-penyokong ATM ternyata hampa dengan prestasi yang dipamerkan ATM. Permainan ATM tampak longlai dengan tiada serangan-serangan yang bahaya yang bisa merobek gawang lawan. Pun begitu, dalam perlawanan yang lalu di Selayang, peluang terhidang gagal dimanfaatkan untuk jaringan gol. Begitu juga dengan pasukan PKNS,mereka gagal untuk sudahkan peluang di depan gawang untuk jaringan gol.

20 April 2010

2 Perlawanan Yang Mencabar!

Tentera berjaya mengalahkan seteru kuat dalam saingan Liga Premier, Felda United. Kemenangan ini mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga itu. Satu gol daripada Saravanan cukup untuk menyentap Felda yang kini berada di zon selesa liga. 


Semalam, ATM hampir-hampir kecundang di laman PKNS namun bangkit di separuh masa untuk mengikat PKNS dengan keputusan 1-1. Pun begitu, ATM perlu menang kesemua baki perlawanan dan mengekalkan konsistensi kerana Sabah sedang menghambat dengan berada dibelakang ATM dengan hanya perbezaan jaringan. 

16 April 2010

Match 10: TENTERA BERTEMU RUAS!

Tentera akan turun malam ini menentang seteru kuat mereka dalam kancah Liga Premier 2010 di Selayang. Felda United kini pendahulu liga dengan 7 mata meninggalkan ATM ditangga ketiga. Ini adalah pertembungan pertama mereka musim 2010. Saingan dijangka rancak dengan ATM bergelut untuk meniti ke puncak liga manakala Felda cuba mempertahankan reputasi baik mereka disamping mempertahankan status terkini mereka sebagai 'penghulu' Liga.

02 April 2010

CORETAN TENTANG PASUKAN ATM



Pasukan Tentera bukanlah calang-calang pasukan dalam saingan Liga Tempatan ketika ini terutama Liga Perdana. Tidak dinafikan, suatu masa dulu memang Tentera menjadi pasukan belasahan. Namun begitu, berdasarkan rekod Tentera pernah mencapai suatu yang boleh dibanggakan. Naib Juara Piala HMS Malaya tahun 1949 dan 1966 manakala merangkul kejuaraan Liga FAM pada tahun 1997 dan Naib Juara 2006.

Jika dihitung, memang telah lama Tentera tidak merangkul kejuaraan-kejuaraan yang berprestij di Malaysia. Mereka hampir-hampir mencipta sejarah ketika pertemuan Suku Akhir Piala FA baru-baru ini. Namun begitu, peluang itu dilepaskan begitu sahaja. 

23 March 2010

TUMPUAN UNTUK MENAKLUKI LIGA PERDANA 2010

Hidup mesti terus! Setelah disingkirkan oleh Sang Kenari, kini ATM dengan amannya boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada saingan yang belum selesai iaitulah Liga Perdana 2010. Dengan berkedudukan di tangga ke 3 dalam carta, ATM memperoleh 18 mata dari 9 perlawanan, beza 7 mata dengan pendahulu Felda United yang mengungguli Liga Perdana ketika ini. 

ATM dijangka akan menanti kehadiran Felda United 16 Apr 10 nanti di Selayang. Perlawanan ini seharusnya diberi perhatian dan Felda harus di atasi untuk mencerahkan laluan ATM berada dipuncak Liga. Felda yang cemerlang dalam edisi 2010 ini dilihat sebagai tentangan terhebat disamping PKNS yang mana ATM akan menguji mereka pada 19 Apr dan 23 Apr akan datang.

Tim ATM perlu memadamkan kenangan pahit yang terpalit tempohari dengan aksi cemerlang dalam saingan Liga Perdana selepas ini. Ini penting untuk memulihkan semangat para penyokong yang kini ibarat lalang ditiup angin. Percayalah, warga ATM masih percaya dan yakin tim ATM boleh pergi lebih jauh selepas ini. Hadiahkan penyokong dengan sesuatu yang tidak ternilai harganya iaitu KEMENANGAN.

Perjuangan belum selesai..Masih ada yang perlu dilakukan..

22 March 2010

Sejurus Sebelum Perlawanan ATM vs Kedah

Suasana sebelum perlawanan bermula.


Antara Penyokong ATM yang datang awal.


Pemain-pemain memanaskan badan.


Posted by Picasa

ATM Tenggelam Di Halaman Sendiri - ATM vs Kedah

ATM menamatkan sisa-sisa saingan TM Piala FA 2010 dengan keputusan yang tragis. 5-0 adalah satu keputusan yang amat memeranjatkan. Penulis menerima panggilan yang menderu-deru daripada sahabat-sahabat 'negeri lain' yang terperanjat dengan keputusan yang dicatatkan. Mana tidaknya, ATM berjaya mengikat Kedah di Alor Setar tiba-tiba 'ditapau' dengan rakus oleh lawan di laman sendiri!

17 March 2010

ATM vs Kedah - INFO TM Piala FA 2010

  


ATM akan menanti kehadiran Sang Kenari (Kedah) ke Selayang Sabtu nanti untuk menghabiskan sisa-sisa Suku Akhir TM Piala FA 2010. Di Alor Setar, ATM berjaya mengikat Kedah dengan jaringan 1-1. Bagaimana pun ATM mempunyai kelebihan satu Gol di tempat lawan. Untuk itu, di Selayang, sekiranya keputusan seri 0-0 ATM sudah layak ke Separuh Akhir.

Berdasarkan aksi lalu di Alor Setar, ATM berkemampuan menewaskan Kedah sekurang-kurangnya 1-0 di Selayang nanti. Kedah ternyata tidak kurang hebatnya ketika di Alor Setar namun mereka akan ke Selayang tanpa penjaring terbanyak mereka Azlan Ismail 7 gol dalam Liga Super. Azlan dilayangkan kad merah dalam Suku Akhir pertama yang lalu. 

16 March 2010

SUMBANGAN ANDA

Salam Penuh Keceriaan. Kepada saudara saudari, tuan puan dan cik sekiranya ingin menyumbangkan artikel berkaitan bolasepak TEMPATAN, info mahupun cadangan untuk menambah baik blog ini, anda dialu-alukan untuk menghantarkan kepada editor blog ini.

Selain itu, sekiranya anda mempunyai salinan gambar terkini perlawanan ATM atau apa saja berkaitan bolasepak ATM, boleh dikongsikan dengan semua dengan mengirimkannya melalui email editor guano82@gmail.com atau klik pada profil editor di sebelah untuk dapatkan email.

Sumbangan ikhlas tuan puan amat dihargai.

11 March 2010

Foto Pemain-Pemain ATM (Uniform)

Gambar Kenangan Pemain-Pemain ATM Bersama Brigedier Jen Dato' Pahlawan (ir) Abdul Nasir

Foto: Sumber harimaumalaya.com

10 March 2010

ATM Ikat Kedah Di Alor Setar!

ATM semalam memalitkan satu keperitan buat anak-anak buah Hj Ahmad Yusof. ATM tampak agak goyang seawal permainan namun begitu semakin menjadi-jadi apabila jam permainan separuh masa hampir ke penghujungnya. Pada minit ke 43 sepatutnya ATM didepan namun hantaran silang rendah kurang 2 meter dari muka gol gagal disudahkan Saravanan yang terlalu gopoh untuk menyudahkan peluang berkenaan. Permainan seolah-olah seimbang dan Kedah agak terkejut dengan barisan pertahanan ATM yang dikemudi pemain berpengalaman Ahmad Tarmini Shaiban yang mengekang setiap gerakan Kedah dengan baik.

09 March 2010

KEDAH VS ATM - TM Piala FA

09 Mac 10 menjadi tarikh bersejarah dalam perjalanan berliku bolasepak ATM apabila pada tarikh berkenaan mereka akan bertandang ke Alor Setar untuk beradu kekuatan dalam saingan suku akhir pertama Piala FA. Ramalan banyak pihak sudah semestinya menyebelahi pasukan Sang Kenari yang telah melakarkan banyak kejayaan sebelum ini.

Namun begitu, jika diperhatikan dan dikaji dengan mendalam, ATM tidak kurang hebatnya. Biar pun gagal meraih 3 mata dalam saingan Liga baru-baru ini itu tidak bermakna mereka pada tahap prestasi yang tidak menentu. Kekuatan mereka umpama harimau yang menyimpan kuku dan ayam jantan yang sembunyikan keris dikakinya. 

Penulis meramalkan kejutan akan berlaku di Alor Setar nanti. Razali Hussin yang juga Ketua Jurulatih sudah semestinya akan mempergunakan anak buahnya yang patuh taat setia dan berdisiplin tinggi untuk mencipta sejarah ke atas juara 3 kejuaraan suatu masa dulu.Dalam bolasepak macam-macam boleh berlaku. Awas Sang Kenari, keadaan goyah dan 'mabuk' dihanyak Red Giant tempohari masih terasa. Berwaspada. Pilih antara dua, dimalukan atau terus dibuai arus kecemerlangan yang dalam kesamaran.

Bagi ATM, tiada pilihan lain. Menang atau menang? Kuatkan azam. Lastik Kenari!

22 February 2010

ATM Ke Suku Akhir TM Piala FA 2010


Dalam merancakkan kancah bolasepak tempatan, ATM tampil dengan nafas baru yang amat menyegarkan di musim 2010 ini. Dengan prestasi yang di luar jangkaan semua peminat bolasepak tempatan, ATM berjaya membuktikan bahawa mereka berhak melangkah ke Suku Akhir TM Piala FA 2010 bertemu Kedah. Tahun lalu, situasi yang sama dalam kancah yang berbeza, ATM bertemu Kedah. Malangnya, nasib tidak menyebelahi kita. ATM ketika itu meminjamkan beberapa beberapa pemain luar mungkin sebagai percubaan untuk mengharungi 2010.

18 February 2010

JADUAL/KEPUTUSAN TM LIGA PERDANA 2010 (ATM)










Tarikh 
Perlawanan 
Home/Away 
Masa 
Tempat 
11 Jan 2010

ATM(1)vs H. MUDA (1)

H 
2045

STADIUM MP SELAYANG

15 Jan 2010

SHAHZAN MUDA (1)VS ATM (1)
A 
2045 
STADIUM DARUL MAKMUR 
18 Jan 2010

MP MUAR(0) VS ATM (4)
A 
2045 
STADIUM LARKIN
22 Jan 2010

ATM (0) VS SABAH (1)
H 
2045 
STADIUM MP SELAYANG 
29 Jan 2010

SARAWAK (0) VS ATM (3)
A 
2015 
STADIUM SARAWAK 
12 Feb 2010 ATM (4) VS USM FC (0)
H 
2045 
STADIUM MP SELAYANG

Selamat Datang!

Selamat datang ke Komuniti yang akan menyatukan semua penyokong-penyokong dan peminat bolasepak khususnya penyokong Bolasepak ATM.

Blog ini akan menyajikan segalanya tentang tim bolasepak ATM dalam saingan Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia. Selain itu, segalanya yang melibatkan Tim ATM akan dipaparkan di laman ini.

Untuk makluman, blog ini adalah hak individu yang meminati bolasepak khususnya ATM dan mengalu-alukan sumber/info serta cadangan yang relevan dengan sukan bolasepak tempatan. Pemilik blog ini tidak terikat dengan Persatuan Bolasepak ATM (PBAT) dan semua maklumat yang dipaparkan adalah hasil daya usaha pemiliknya termasuk grafik, foto dan sebagainya.