Dalam merancakkan kancah bolasepak tempatan, ATM tampil dengan nafas baru yang amat menyegarkan di musim 2010 ini. Dengan prestasi yang di luar jangkaan semua peminat bolasepak tempatan, ATM berjaya membuktikan bahawa mereka berhak melangkah ke Suku Akhir TM Piala FA 2010 bertemu Kedah. Tahun lalu, situasi yang sama dalam kancah yang berbeza, ATM bertemu Kedah. Malangnya, nasib tidak menyebelahi kita. ATM ketika itu meminjamkan beberapa beberapa pemain luar mungkin sebagai percubaan untuk mengharungi 2010.
Musim ini, ATM mempamerkan aksi yang terlalu hebat berbanding tahun-tahun yang lalu, meningkat hampir 200%!. Dalam media massa mahupun elektronik termasuk ruang siber, ATM kurang diberi perhatian. Mereka beranggapan ATM tiada apa yang istimewa dan tidak perlu takut. Jelas, dalam berita TV, akhbar tempatan dan di mana-mana media ATM kurang liputan.
Untuk perlawanan Suku Akhir nanti, sesuatu yang sengit sudah semestinya akan tercetus. Ini akan mengejutkan ramai pihak. Penulis amat kagum dengan semangat juang para pemain ATM yang amat luar biasa. Beberapa pemain ditemui melahirkan rasa bangga dan berpuashati dengan pengurusan pasukan ketika ini. Moral mereka bukan lagi seperti tahun-tahun yang lalu. Mereka sebenarnya bukanlah calang-calang pemain dan mereka akan membuktikan bahawa mereka setaraf dengan pemain-pemain bolasepak pro yang lain di Malaysia.
Mereka seolah-olah tidak tercabar dalam saingan TM Piala FA 2010 dengan menumpaskan tim-tim yang bukan lawan sebenar mereka sehinggalah peringkat suku akhir nanti. Kedah adalah lawan sebenar mereka. Keserasian pemain senior ATM dan pemain-pemain impot tempatan dilihat semakin menjadi. Ini sedikit sebanyak menjadi pemangkin semangat mereka untuk memburu kemenangan dalam setiap perlawanan mereka.
Jurulatih baru ATM dilihat tidak terlalu risau dengan tahap kecergasan pemain sebaliknya menumpukan kepada taktikal dan strategi semasa bermain. PBAT juga meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat ATM cemerlang dalam kancah bolasepak tempatan.
Teruskan perjuangan ATM! You're The Truth Warrior!
No comments:
Post a Comment