16 April 2010

Match 10: TENTERA BERTEMU RUAS!

Tentera akan turun malam ini menentang seteru kuat mereka dalam kancah Liga Premier 2010 di Selayang. Felda United kini pendahulu liga dengan 7 mata meninggalkan ATM ditangga ketiga. Ini adalah pertembungan pertama mereka musim 2010. Saingan dijangka rancak dengan ATM bergelut untuk meniti ke puncak liga manakala Felda cuba mempertahankan reputasi baik mereka disamping mempertahankan status terkini mereka sebagai 'penghulu' Liga.


Jika menang, ATM akan menghampiri PKNS ditangga kedua liga yang mana mereka telah dijinakkan oleh Harimau Muda hujung Mac lalu. Dominasi ATM dalam liga tahun ini belum mencapai tahap konsistensi yang sebenar, namun begitu, jika mereka berjaya tundukkan Felda tidak mustahil mereka akan bersaing dengan lebih hebat untuk muncul juara Liga Premier 2010.

Apa pun cara permainan ATM malam ini, ATM MESTI MENANG! Itu sahaja yang semua penyokong mahukan bagi menebus kehampaan Suku Akhir Piala FA lalu. Kembalikan kepercayaan penyokong yang kini ibarat lalang. HIDUP TENTERA!! AGI IDUP AGI NGELABAN!!

No comments:

Post a Comment