07 May 2010

Preview ATM vs Shahzan Muda - 07 Mei 2010 | TM Liga Premier 2010

07 Mei 10. Tentera bakal berentap dengan Shahzan Muda yang akan bertandang ke Stadium Selayang untuk perlawanan ke 14. Dalam pusingan pertama lalu, mereka hanya berkongsi mata di Kuantan. Tentera ternyata rugi ketika itu sedangkan berpeluang untuk mencuri 3 mata penuh. Namun begitu, peluang masih ada Jumaat ini untuk memastikan 3 mata milik mereka.

Berdasarkan prestasi lalu, Tentera dilihat tidak mempunyai masalah besar untuk menundukkan Shahzan Muda yang hidup segan mati tak mahu dalam Liga Premier 2010. Mereka penghuni tegar tangga tercorot liga dengan 1 Menang 1 Seri dan 11 Kalah dengan memperoleh 4 mata saja. Amat memalukan buat Tentera jika seri atau kalah.
Perlawanan ini WAJIB menang untuk memburu kedudukan lebih baik dalam carta liga. Kehadiran semula Muhd Syafiq Samad amat memberi impak kepada barisan serangan Tentera yang sebelum ini tumpul. Pemain berjersi 11 ini merupakan seorang pemain yang licik dan lincah dibarisan serangan yang mampu mengkucar kacirkan pertahanan lawan dengan larian-larian pantas. Beliau juga merupakan pencetus peluang untuk penyerang utama mereka menjaringkan gol.  

Untuk makluman, Tentera dan Felda adalah dua pasukan yang hanya sekali Kalah dalam 13 perlawanan untuk Tentera dan 14 Perlawanan untuk Felda. Malang bagi Tentera kerana memperoleh 6 kali seri yang jika dapat diterjemahkan kepada kemenangan akan menjadi 18 mata. Namun begitu, fakta tinggalkan, dan tumpukan perhatian sepenuhnya kepada baki perlawanan dalam pusingan kedua ini. Peluang masih terbuka luas. Sedar atau tidak, Sabah sedang merintis halangan untuk menerajui kemuncak persada Liga Premier. Mereka dilihat agak konsisten dan amat yakin untuk menakluk takhta liga. Mereka berpeluang untuk merampas tangga kedua apabila menanti kehadiran PKNS di Kota Kinabalu petang ini. 

Jika Sabah berjaya mengatasi PKNS, bermakna peluang untuk Tentera naik ke tangga ke 3 amat cerah dan berkongsi mata dengan PKNS yang membezakan hanyalah beza jaringan. Jadi, Tentera harus menang selesa dengan jaringan yang banyak untuk bersaing. 

Bagaimanapun, jangan ambil mudah lawan Tentera jumaat ini. Harus berwasapada. Pasukan-pasukan bawahan sering mengundang kecelakaan buat pasukan-pasukan yang dilabelkan sebagai KUAT. Oleh yang demikian, selamat berjuang usah hampakan para penyokong ATM. GEMPUR WIRA!!


No comments:

Post a Comment