Bolasepak semakin hari semakin popular dan itu memang tidak dapat disangkal lagi. Ke mana sahaja kita pergi sebut pasal bolasepak pelbagai persepsi dan hujah akan cuba dilontar berpandukan pengalaman, pendapat dan pendirian masing-masing.
Dalam kontek membangunkan sukan ini di Malaysia, ianya tampak agak suram walaupun terpancar sekelumit sinar harapan buat bolasepak Malaysia sejak kebelakangan ini, namun persoalannya, adakah ianya memadai? Cukupkah sekadar terima seadanya? Penulis yakin pelbagai respon yang akan dilontarkan jika isu pembangunan bolasepak Malaysia didebatkan.
Perkara yang penulis cuba bincangkan di sini adalah tentang hala tuju dan persiapan menghadapi masa depan bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Semua sedia maklum bahawa ATM adalah satu komuniti yang terbesar yang didokong oleh tiga perkhidmatan utama iaitu, Tentera Darat Malaysia(TD), Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM). Jika disebut Pasukan Bolasepak Sepak ATM, peminat-peminat bolasepak tempatan sekadar menjuihkan mulut atau senyum sinis kerana mereka sedia maklum prestasi pasukan ATM tidaklah sehebat mana pun.
Pun begitu, tahun 2010 pasukan ATM yang diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT) berjaya melakar sejarah baru dalam bolasepak ATM setelah Berjaya mara ke Suku Akhir TM Piala Malaysia 2010. Bagi ATM itu adalah pencapaian terbaik dan diluar jangkaan. Tahun 2010 dilihat sebagai batu loncatan setelah PBAT mendapat suntikan dana yang cukup untuk merevolusikan pasukan secara total sebagai persiapan menggempur pasukan-pasukan lain dalam saingan bolasepak domestik. Jelas sekali ianya berjaya dilaksanakan setelah mengakhiri saingan TM Liga Perdana 2010 ditangga keempat.
Penulis ada membuat sedikit kajian ke atas kebangkitan yang agak drastik pasukan ATM ini. Segalanya bermula setelah Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi dengan seriusnya mengambil berat tentang pasukan ini. Usaha yang dibuat agak berbaloi dengan berjaya menandatangani pemain-pemain berstatus bintang suatu ketika dulu seperti V Saravanan, Chan Wing Hong, Nasril Nourdin, Ahmad Tharmini Saiban dan ramai lagi. Sementara itu, muka-muka lama yang terdiri dikalangan anggota tentera sendiri masih ada yang dikekalkan sekali gus mereka memperoleh sesuatu yang bermakna apabila berlatih dan bermain dengan pemain-pemain yang lebih berpengalaman.
Secara positifnya, kehadiran bintang-bintang bolasepak Malaysia ini sekali gus menaikkan moral pasukan dan ramai pengkritik sudah menjangkakan sesuatu yang luar biasa berlaku dalam saingan Liga Perdana 2010. Benar, ianya telah pun berlaku. ATM menjadi duri dalam daging kepada pasukan Liga Perdana yang lain. V Saravanan berjaya meletakkan dirinya dalam senarai penjaring terbanyak 2010. Selain itu, pemain-pemain yang sememangnya telah lama dengan pasukan ATM terutama anggota tentera mendapat keyakinan baru disamping pengalaman yang amat bernilai yang merupakan bekalan berguna yang boleh dimanfaatkan di masa hadapan dalam memastikan kesinambungan yang jitu kemajuan bolasepak ATM.
Penulis mula terfikir sekarang, adakah bab seterusnya sama skripnya dengan bab 2010? Adakah kesinambungan ini bakal menaikkan martabat bolasepak ATM atau sebaliknya? Jika pemain-pemain yang berstatus bintang mengundurkan diri adakah ATM mampu melakar sesuatu yang bermakna seperti sebelumnya? Jika sesuatu berlaku, sebagai contoh masalah dana yang meruncing suatu hari nanti, bersediakan PBAT menghadapi kemungkinan ini?
Jawapannya perlu disediakan sekarang, malah perlaksanaan sepatutnya sudah pun dimulakan sebagai ‘back up’ menghadapi ‘cuaca buruk’. Mengenai dana dan sumber kewangan, itu urusan pihak atasan dan tidak perlulah dibicarakan. Akan tetapi, persediaan para pemain pelapis amat penting sekarang. Jika dulu, pasukan ATM 90% dibarisi oleh anggota Tentera dan selebihnya awam, dan prestasinya juga kurang memberansangkan seakan-akan sama setiap musim, dan mungkin juga faktor kejurulatihan yang terlalu menekankan aspek kecergasan sehinggakan aspek taktikal dan strategi permainan dilupakan. Kini anggota tentera yang bermain untuk ATM berpeluang menyelami selok belok bolasepak dengan lebih mendalam dengan kehadiran pemain-pemain berpengalaman dan jika peluang ini digunakan sepenuhnya tidak mustahil suatu hari nanti ATM mampu melahirkan ramai pemain bolasepak ternama dikalangan anggotanya sendiri dan pasukan ATM 100% TENTERA. Itulah yang penulis inginkan sebenarnya.
Dalam memastikan skuad pelapis ATM mendapatkan pendedahan berterusan dan mempunyai kesinambungan serta masa depan yang cerah dalam bolasepak, penulis amat bersetuju dengan pendekatan yang digunakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dikalangan anggotanya. Di peringkat TD contohnya, diadakan Pertandingan Bolasepak antara Kor TD yang memberi ruang dan peluang untuk anggotanya mempamerkan kebolehan masing-masing dan pada masa yang sama dinilai oleh pihak Persatuan Bolasepak Tentera Darat (PBTD) untuk diserapkan ke dalam pasukan bolasepak Tentera Darat (TD). Ini adalah sebagai persiapan mengharungi Kejohanan terbesar Bolasepak ATM iaitu, Pertandingan Bolasepak Antara Perkhidmatan yang disertai oleh TD, TLDM dan TUDM. Peluang ini harus dipergunakan oleh semua pemain untuk mereka memikat panel pemilihan yang terdiri daripada wakil-wakil profesional dari PBAT yang akan memilih pemain yang layak untuk diserap ke dalam pasukan bolasepak ATM.
Penulis memuji pihak PBTD yang memberi pendedahan, yang pada penulis amat bermakna kepada pemain-pemain TD dengan beraksi dalam Liga Kuala Lumpur. Biarpun prestasi mereka ada pasang surutnya, namun, pengalaman dan pengajaran yang diperoleh secara tidak langsung membentuk keyakinan secara sendirinya dan sukar diperolehi di mana-mana. Begitu juga dengan TLDM, seperti yang semua sedia maklum, TLDM atau dikenali sebagai ‘Navy’ mempunyai sebuah pasukan bolasepak yang suatu ketika dulu beraksi dalam liga perdana yang menggunakan nama Sinar Di Maja Kepala Batas FC(SDM) sempena nama kompeni yang menaja mereka ketika itu. Ini secara tidak langsung memberikan impak yang amat besar dalam kemajuan bolasepak dalam ATM. ATM perlu lebih terbuka dalam merencana pembangunan bolasepak dan perlu menelusuri sehingga ke akar umbi agak tidak terlepas ‘permata’ dicelahan pasir yang berserakan.
Harapan penulis agar ATM akan terus maju dalam bolasepak. Semoga tahun-tahun mendatang akan lebih baik dari yang sebelumnya. Paling penting adalah kesinambungan yang baik dari musim ke musim. Ucapan tahniah kepada PBAT yang berjaya menarik penyokong datang ke stadium memberi sokongan tidak kiralah dengan apa jua cara sekali pun. Sokongan penyokong begitu berharga jangan sesekali menghampakan mereka, kerana merekalah nadi utama pasukan. Penulis doakan ATM akan maju dan maju, ingat ‘Pantang Undur Tetap Mara’! Majulah Sukan Untuk ATM!
"WE'RE SOLDIER"
kita siapkan pemain untuk Piala Presiden dan pastikan skuad Piala Presiden terdiri dari anggota tentera sepenuhnya. Pasti kita mempunyai barisan pelapis skuad utama nanti.
ReplyDeleteHarap 2011 memberi sinar buat ATMFA sekaligus memenangi satu piala..
That's the best way. Tapi kalau nak diikutkan kita ada team pelapis. tapi belum cukup menyerlah sepenuhnya. Kalau macam kelab-kelab negeri lain, team piala presiden memang banyak melahirkan pemain yg berkaliber. ATM ada? Ada ke anggota tentera jadi pemain Malaysia sekarang?
ReplyDeleteItu yang saya nak tengok utk masa akan datang.
sokong sgt2 klo ATMFA menggunakan 100% anggota...buktikan klo x guna 'star' pn ATM blh g jauh...
ReplyDelete*always support ATMFA walaupun da xde sapa2 yg penting dalam team tu*