05 June 2010

ATM FA DAN HARAPAN | TM LIGA PREMIER 2010

Tentera melakarkan kejayaan 2-1 ke atas Melaka, sebelum jadual Liga Perdana ditangguhkan sehingga 12 Julai 10 akan datang. Pun begitu, Tentera perlu lebih konsisten dalam baki 3 perlawanan masing-masing menentang Pos Malaysia 12 Jul, PDRM 16 Jul dan Felda United 23 Jul. Kedudukan Tentera dalam liga juga menggambarkan betapa rapuhnya keadaan dan kondisi mereka yang mana misi awal mereka dulu adalah untuk merebut tempat untuk ke Liga Super 2011 nanti. Segalanya semakin kabur sekarang. 

Namun begitu, mereka perlulah memenangi semua baki perlawanan dan memastikan 9 mata adalah milik mereka sambil mengharapkan 3 pasukan di atas mereka tempang dalam baki perlawanan selepas ini. Tentera perlu sekurang-kurangnya mengakhiri liga perdana di tangga ke 4 seperti mana sekarang. Harimau Muda B dan Sarawak dilihat mampu mencabar kedudukan mereka. Harimau Muda B berada rapat di belakang Tentera dengan 31 Mata selepas 18 perlawanan dan Sarawak di tangga 6 dengan 28 Mata.