16 January 2013

Perlawanan Pertama | Liga FAM 2013

Kita tinggalkan sebentar kehangatan liga super dan sudah sedia maklum ATM terhebat setakat ini. Liga FAM bakal membuka tirai pada 17 Feb 2013:

Perak YBU FC vs Tentera Darat

Shahzan Muda vs Kedah United

Pulau Pinang vs Kuantan FA

Tumpat FA vs PBAPP FC

Cebagoo FC vs Melaka

Sumber: FB/Liga FAM

10 January 2013

Keputusan | ATM vs Lions XII

'Hard Luck' untuk ATM semalam yang dihukum oleh Syahril Ishak dibabak kedua untuk mengesahkan 3 mata untuk Lions XII.

Keputusan yang tidak sepatutnya dikala ATM bermain baik dengan sekurang-kurang 4 peluang keemasan dan mungkin akan menang dengan jaringan yang besar. Tetapi inilah bolasepak, ball possession belum menjamin kemenangan, sebaliknya, jika satu peluang dimanfaatkan boleh mengubah keputusan perlawanan.


08 January 2013

ATM vs LIONS XII FC | Perlawanan LS 1 | Liga Super 2013

Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi
Jam 2045
Rabu 9 Jan 2013

Mulai esok, Paroi menjadi destinasi utama para penyokong ATM kerana Stadium Tunku Abd Rahman telah ditetapkan sebagai 'Home' untuk ATM. Biar di mana pun ATM beraksi, sudah semestinya aksi terbaik yang ditagih.

Pasukan Lions XII yang ditewaskan semasa Separuh Akhir Piala Malaysia lalu bakal menguji anak-anak buah Santhianathan yang masih segar merangkul kejuaraan pembuka tirai Piala Sumbangsih Sabtu lalu. Namun begitu, rata-rata peminat berpendapat, ATM dilihat kekurangan bisa tidak seperti tahun lalu.