12 August 2010

TM PIALA MALAYSIA 2010 - Undian Rasmi (Pasukan ATM)

Saingan untuk merebut Piala Malaysia Edisi 2010 agak perit buat ATM setelah mereka diundi dalam kumpulan yang agak 'maut'. Perak, Kedah dan Johor FC. Bermula dengan pusingan pertama pada 14, 17 dan 20 Sept 2010. Manakala pusingan kedua pada 3,6 dan  Okt 2010. 


Kita mulakan analisis ringkas tentang pasukan Perak. Perak mengalami hari-hari yang sukar sejak dua tiga musim kebelakangan ini. Namun begitu, mereka mengakhiri sisa Liga Super dengan bergaya sekali. Rentak cemerlang jelas apabila mereka berjaya menundukkan Gergasi Merah Selangor di Ipoh pada 06 Jul 2010 lalu dengan jaringan tipis 1-0.

Rentak cemerlang sedikit goyang apabila mereka seri 1-1 dengan T-Team di K.Terengganu dan 0-0 dengan N.Sembilan di Seremban. Seolah-olah hilang fokus, Perak tumpas bermaruah ditangan KL 1-0, yang mana jelas Perak mengasak bertubi-tubi hingga tamat permainan namun tiada gol dapat dihasilkan. Kekalahan itu tidak dapat diterima oleh Ketua Jurulatih Perak Raja Azlan dan rombakan taktikal dan strategi dibuat sekali gus Kedah menjadi mangsa amukan Perak setelah tewas di Ipoh. Perak mengakhiri Liga Super dengan membenam pasukan akan ke Liga FAM musim depan iaitu Pulau Pinang dengan jaringan 4-0.





Sementara Kedah, musim 2010 menyaksikan mereka dikategori pasukan yang agak digeruni namun tiada konsistensi yang baik. Mereka lebih gemar memilih keputusan seri berbanding kemenangan apabila berdasarkan rekod mereka adalah antara pasukan yang banyak mencatatkan seri. Menamatkan Liga Super ditangga ke 5 dilihat sebagai permulaan yang baik buat Coach Ahmad Yusof. Perlu diingat, Kedah memiliki 8-9 orang pemain kebangsaan dan salah seorangnya adalah 'otak' kepada jentera serangan Malaysia iaitu Baddrol Bakhtiar. Ramainya pemain kebangsaan tidak semestinya mereka akan bermain baik dan memenangi perlawanan. Ahmad Yusoff adalah individu yang paling 'sakit kepala' untuk mencatur dan mencari resepi yang sesuai untuk memastikan anak-anak buahnya 'meletup' dalam setiap perlawanan.

Sesuatu yang menarik tentang pasukan Kedah adalah, mereka memiliki pemain-pemain yang berkebolehan dan berkualiti. Selain itu, mereka juga memiliki ramai pemain tengah yang mampu menghasilkan jaringan. Kerap kali dilihat, punca gol Kedah adalah gerakan awal dari pertahanan iaitu, V Thirumurugan, Mat Sabree Abu dan Shafizan Hashim. Hantaran silang 'maut' Baddrol juga dilihat sebagai ancaman kepada pihak lawan mereka. Jika Baddrol disekat, salah satu punca gol mereka dapat disekat.

Johor FC. Adalah pasukan kelab yang paling cemerlang musim ini. Menamatkan musim 2010 ditangga ke 4 sudah cukup puas buat Ramlan Rashid untuk mendabik dada. Pun begitu, baru-baru ini terdengar desas-desus mengatakan Ramlan direhatkan. Untuk apa? Hanya mereka yang tahu. Sang Lebah ini dilihat begitu agresif menyengat lawannya, terutama Perak yang kalah  di Pasir Gudang dan juga di Ipoh dalam saingan Liga Super yang lalu. Sudah semestinya Sang Lebah dan Kenari menjadi pasukan pilihan untuk  layak ke suku akhir. 

Mungkin terlalu awal untuk meramalkan segalanya. ATM juga adalah pasukan kuat. Untuk rekod, Felda juara Liga Perdana 2010 tidak pernah menang dengan ATM dan ATM adalah satu-satunya tim yang kalahkan Felda United 2010. Konsistesi perlu digarapkan lagi. Ketajaman penyudah harus digilap. Usah harapkan Saravanan seorang sahaja. Muka baru yang tidak pernah diturunkan mula menunjukkan taring pada perlawanan terkhir Liga Perdana dengan Felda tempohari, jadi segalanya berjalan lancar dan perlu diteruskan untuk mencipta kejutan ke atas Perak, Kedah dan Johor FC.

Penulis yakin, harapan tidak diberi kepada ATM namun kebarangkalian itu tetap ada. Segalanya perlukan usaha dan keyakinan. Bijak taktikal dan betul aturan strategi ATM akan menang. 

Perlu diingat, Perak dalam prestasi baik, Kedah memiliki pemain berkualiti tapi pernah bertemu ATM dan ada suka dukanya, Johor FC pasukan yang sukar diramal prestasi semasa. Segalanya mungkin, buktikan kemampuan! PANTANG UNDUR!!

5 comments:

  1. boleh saya tahu list Full Squaq ATM untuk Piala Malaysia 2010 termasuk pemain yang kita pinjam..

    ReplyDelete
  2. Difahamkan ATM ada pinjam pemain luar bagi menggantikan pemain-pemain utama terutama di bahagian pertahanan yang masih dibelenggu kecederaan (2-3 pemain).

    Selain itu, barisan serangan juga diperkuatkan lagi dengan pemain pinjaman. Penulis memohon maaf kerana tidak dapat memberi maklumat terperinci kerana kekangan2 yang tertentu untuk penulis mendapatkan info. MAKLUM

    ReplyDelete
  3. Pelawat berjaya mulakan jaringan 0-1 pada minit 38 dalam perlawanan.
    Tuan Rumah dengan semangat yang agak positif berjaya membalas 3 goal pada minit (50, 53 dan 57)
    Pelawat Berjaya membuat jaringan dari sepakan penalti pada masa 87 minit
    Tuan Rumah membuat jaringan sepakan penjuru pada minit ke 89
    Permain cadangan tuan rumah juga tidak melepaskan peluang emas untuk menjaringkan goal pada minit tambahan.

    Score Setengah masa 0-1
    Pelawanan tamat dengan score 5-2

    ReplyDelete
  4. Perlawanan bola sepak antara Klub. (Berlansung pada 8.45 pm 24/09/2010) Stadium Selayang

    ATM berjaya menumpaskan Terrengganu dalam satu perlawanan yang boleh dikatakan amat terbuka dengan penyelesaian yang menakjubkan.




    Pelawat berjaya mulakan jaringan 0-1 pada minit 38 dalam perlawanan.
    Tuan Rumah dengan semangat yang agak positif berjaya membalas 3 goal pada minit (50, 53 dan 57)
    Pelawat Berjaya membuat jaringan dari sepakan penalti pada masa 87 minit
    Tuan Rumah membuat jaringan sepakan penjuru pada minit ke 89
    Permain cadangan tuan rumah juga tidak melepaskan peluang emas untuk menjaringkan goal pada minit tambahan.
    Score Setengah masa 0-1
    Pelawanan tamat dengan score 5-2

    ReplyDelete
  5. sy nak mintak admin blog ATM publishkan video aksi ultras ATM masa lawan kedah kat selayang arit tu... smart !

    ReplyDelete