Pasukan Tentera bukanlah calang-calang pasukan dalam saingan Liga Tempatan ketika ini terutama Liga Perdana. Tidak dinafikan, suatu masa dulu memang Tentera menjadi pasukan belasahan. Namun begitu, berdasarkan rekod Tentera pernah mencapai suatu yang boleh dibanggakan. Naib Juara Piala HMS Malaya tahun 1949 dan 1966 manakala merangkul kejuaraan Liga FAM pada tahun 1997 dan Naib Juara 2006.
Jika dihitung, memang telah lama Tentera tidak merangkul kejuaraan-kejuaraan yang berprestij di Malaysia. Mereka hampir-hampir mencipta sejarah ketika pertemuan Suku Akhir Piala FA baru-baru ini. Namun begitu, peluang itu dilepaskan begitu sahaja.
Dari apa yang diperhatikan. Suatu masa dulu, PDRM juga pernah menjadi pasukan berunifom yang digeruni lawan. Ketika itu PDRM mempunyai pemain-pemain impot tempatan dan luar yang hebat! Mungkin ketika itu kantung pihak pengurusannya lebat dan bebas membeli siapa sahaja untuk memperkuatkan pasukan. Perkara yang sama seakan-akan berlaku kepada pasukan tentera sekarang. Mereka dilihat mampu menyaingi pasukan-pasukan handalan dengan 'aset' yang ada ketika ini. Sebelum Tentera menandatangani pemain-pemain berstatus bintang di Malaysia ini, Tentera juga pernah memiliki pemain luar yang tidak kurang hebatnya. Namun begitu itu tidak cukup untuk menjadikan Tentera pasukan yang hebat.
Punca utama kekuatan Tentera 2010 adalah kehadiran pemain-pemain ternama seperti V Saravanan, Danial Fadly, Ahmad Tharmini Saiban, Nafuzi Zain dan ramai lagi, yang menyuntik moral dan semangat untuk berjuang. Di samping itu, secara tidak langsung, ianya mendatangkan gerun kepada pihak lawan. Perkara kedua adalah pihak pengurusan dan kejurulatihan tentera yang dikendalikan oleh jurulatih yang lebih berpengalaman dan melaksanakan tugas mengikut lunas-lunas kejurulatihan dengan lebih profesional. Seterusnya perkara pokok yang sememangnya penting untuk menguruskan sesebuah pasukan Bolasepak adalah KANTUNG. Jika kantung berisi, macam-macam benda boleh dilakukan dan inilah yang berlaku ketika ini.
Harapan saya dan semua penyokong Tentera hanyalah satu. Kami mengharapkan 'continuity' yang baik selepas ini dari hujung kaki hingga hujung rambut. Kesinambungan amat penting dalam memastikan kemajuan pasukan ATM dalam saingan bolasepak tempatan dan ATM boleh menjadi gah seperti Singapore Armed Forces yang dikenali dimerata pelusuk Asia Tenggara. Namun begitu, Tentera perlu buktikan kehebatan di 'sini' dulu sebelum ke tempat 'orang'. Harapan semoga ATM bukan sahaja Teras Kedaulatan Negara tapi juga merupakan Teras Pembangunan Bolasepak Negara.
Rasa teringin melihat Pemain ATM (anggota) menyertai pasukan Kebangsaan. Mungkin suatu masa nanti akan lahir anggota ATM yang 'luar biasa' untuk menjadi 'anak emas' pasukan kebangsaan. Insya Allah. Tiada yang mustahil. Selamat Maju Jaya ATM!
Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/ATM_FA
Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/ATM_FA
No comments:
Post a Comment