28 December 2012

ATM vs Kelantan Buka Tirai Liga Super 2013 | Piala Sumbangsih


Barisan Kesebelasan Utama Ketika Persahabatan Bangkok FC(1) V ATM (0). 

Musim 2013 dilihat agak berliku dan populariti ATM dilihat sedikit tenggelam biarpun pengendalinya Santhianathan menyatakan sudah mendapat pengganti Aidil dan Zaquan. Aksi pertama 2013 semestinya dinantikan biarpun FAM masih belum mengeluarkan jadual perlawanan rasmi.

Ini kerana terdapat pindaan akhir dibuat selaras dengan jadual kelayakan Piala Asia Feb nanti. Jika diteliti hasil perlawanan persahabatan setakat ini, ATM masih belum meraih kemenangan dikala pasukan-pasukan lain sudah mendapatkan bayangan prestasi awal mereka. Namun begitu, ATM bakal menggempur habis-habisan dalam misi menggenggam kejuaraan Liga Super 2013.

1 comment:

  1. biar kita low profile.. dan berharap kita akan berada antara gergasi bola sepak malaysia selepas ini.

    kita sedar kita pasukan baru dalam persaingan bola sepak ( walaupun kita sudah lama berkecimpung dalam bola sepak malaysia ). Dengan Nafas baru yang didukung oleh PAT kita, diharap kita mula melakar pelbagai kejayaan bermula sekarang

    GEMPUR TENTERA GEMPUR

    ReplyDelete