Bagaikan mimpi. Seri 4-4. Memang menakjubkan! Ketinggalan 3-0 di separuh masa dan bangkit dengan 4 gol di babak kedua. Memang hebat! Penulis secara peribadi mengucapkan tahniah, biarpun gagal mengutip 3 mata penuh.
Seperti yang penulis komenkan dalam artikel lalu ternyata berubah hampir 100%. Bayangkan dua perlawanan sebelumnya ATM 'lack chances for a goal'. Tetapi entah apa yang disuntik mereka bangkit secara tiba-tiba untuk mengikat anak-anak Harimau dengan keputusan seri. Harimau Muda B sememangnya kurang dari segi pertahanan berdasarkan jumlah bolos yang kini mencecah angka 27.
Tentunya, para peminat ATM menarik nafas lega dengan kebangkitan ini selepas disajikan dengan aksi longlai di Selayang menentang PKNS dalam perlawanan lalu. Penulis harap satu. Konsistensi. Tingkatkan jangan kekalkan, jika tidak tiada kemajuan. 1 ATM 1 MALAYSIA! ATM BOLEH!
No comments:
Post a Comment