12 August 2010

TM PIALA MALAYSIA 2010 - Undian Rasmi (Pasukan ATM)

Saingan untuk merebut Piala Malaysia Edisi 2010 agak perit buat ATM setelah mereka diundi dalam kumpulan yang agak 'maut'. Perak, Kedah dan Johor FC. Bermula dengan pusingan pertama pada 14, 17 dan 20 Sept 2010. Manakala pusingan kedua pada 3,6 dan  Okt 2010. 


Kita mulakan analisis ringkas tentang pasukan Perak. Perak mengalami hari-hari yang sukar sejak dua tiga musim kebelakangan ini. Namun begitu, mereka mengakhiri sisa Liga Super dengan bergaya sekali. Rentak cemerlang jelas apabila mereka berjaya menundukkan Gergasi Merah Selangor di Ipoh pada 06 Jul 2010 lalu dengan jaringan tipis 1-0.

Rentak cemerlang sedikit goyang apabila mereka seri 1-1 dengan T-Team di K.Terengganu dan 0-0 dengan N.Sembilan di Seremban. Seolah-olah hilang fokus, Perak tumpas bermaruah ditangan KL 1-0, yang mana jelas Perak mengasak bertubi-tubi hingga tamat permainan namun tiada gol dapat dihasilkan. Kekalahan itu tidak dapat diterima oleh Ketua Jurulatih Perak Raja Azlan dan rombakan taktikal dan strategi dibuat sekali gus Kedah menjadi mangsa amukan Perak setelah tewas di Ipoh. Perak mengakhiri Liga Super dengan membenam pasukan akan ke Liga FAM musim depan iaitu Pulau Pinang dengan jaringan 4-0.