17 March 2010

ATM vs Kedah - INFO TM Piala FA 2010

  


ATM akan menanti kehadiran Sang Kenari (Kedah) ke Selayang Sabtu nanti untuk menghabiskan sisa-sisa Suku Akhir TM Piala FA 2010. Di Alor Setar, ATM berjaya mengikat Kedah dengan jaringan 1-1. Bagaimana pun ATM mempunyai kelebihan satu Gol di tempat lawan. Untuk itu, di Selayang, sekiranya keputusan seri 0-0 ATM sudah layak ke Separuh Akhir.

Berdasarkan aksi lalu di Alor Setar, ATM berkemampuan menewaskan Kedah sekurang-kurangnya 1-0 di Selayang nanti. Kedah ternyata tidak kurang hebatnya ketika di Alor Setar namun mereka akan ke Selayang tanpa penjaring terbanyak mereka Azlan Ismail 7 gol dalam Liga Super. Azlan dilayangkan kad merah dalam Suku Akhir pertama yang lalu. 



Pun begitu, peluang masih terbuka hanya pemain-pemain yang akan menentukan hala tuju pasukan masing-masing. Penulis meramalkan Stadium Selayang akan dibanjiri penyokong baik ATM mahupun Kedah. Oleh yang demikian, kepada penyokong-penyokong ATM dinasihatkan agar datang awal untuk mengelakkan kesesakan. Inilah saatnya untuk kita menikmati kemeriahan bersama pasukan kita yang telah sekian lama berada di bawah. Kita harus bergerak seiring dengan pasukan dalam memastikan kejayaan demi kejayaan dalam genggaman. Kejayaan yang dulunya hanya angan-angan.

Kita nafikan cakap-cakap orang tentang pasukan ATM yang dikatakan 'lekeh'. Di Alor Setar, 'orang kedah' sudah menelan balik kata-kata mereka yang memperlekehkan pasukan ATM. Tidak mustahil kita akan ke Separuh Akhir TM Piala FA 2010! Buktikan! PANTANG UNDUR TETAP MARA! THE TRUTH WARRIOR IS ON THE WAY!




2 comments: