29 April 2010

Preview Harimau Muda Vs ATM - 03 Mei 2010- TM Liga Premier 2010

VS 

Harimau Muda B akan menanti kunjungan Tentera dilaman mereka Stadium Hang Tuah Melaka untuk perlawanan ke 13 TM Liga Premier 2010. Tentera kini dilihat bergelut dengan konsistensi untuk  mencari kemenangan dalam perlawanan mereka. Dalam dua perlawanan terakhir, mereka gagal memungut 3 mata dan saingan untuk ke puncak Liga semakin terbuka. 

26 April 2010

Kedudukan Tentera Terancam - TM Liga Premier 2010

Dua perlawanan yang lalu, ATM bertemu pasukan yang sama iaitu PKNS. Namun kedua-dua perlawanan ATM memperoleh hanya 1 mata. Peluang ini digunakan Sabah untuk memintas ATM dan PKNS untuk berada di tempat kedua liga dibelakang Felda United.

Penyokong-penyokong ATM ternyata hampa dengan prestasi yang dipamerkan ATM. Permainan ATM tampak longlai dengan tiada serangan-serangan yang bahaya yang bisa merobek gawang lawan. Pun begitu, dalam perlawanan yang lalu di Selayang, peluang terhidang gagal dimanfaatkan untuk jaringan gol. Begitu juga dengan pasukan PKNS,mereka gagal untuk sudahkan peluang di depan gawang untuk jaringan gol.

20 April 2010

2 Perlawanan Yang Mencabar!

Tentera berjaya mengalahkan seteru kuat dalam saingan Liga Premier, Felda United. Kemenangan ini mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga itu. Satu gol daripada Saravanan cukup untuk menyentap Felda yang kini berada di zon selesa liga. 


Semalam, ATM hampir-hampir kecundang di laman PKNS namun bangkit di separuh masa untuk mengikat PKNS dengan keputusan 1-1. Pun begitu, ATM perlu menang kesemua baki perlawanan dan mengekalkan konsistensi kerana Sabah sedang menghambat dengan berada dibelakang ATM dengan hanya perbezaan jaringan. 

16 April 2010

Match 10: TENTERA BERTEMU RUAS!

Tentera akan turun malam ini menentang seteru kuat mereka dalam kancah Liga Premier 2010 di Selayang. Felda United kini pendahulu liga dengan 7 mata meninggalkan ATM ditangga ketiga. Ini adalah pertembungan pertama mereka musim 2010. Saingan dijangka rancak dengan ATM bergelut untuk meniti ke puncak liga manakala Felda cuba mempertahankan reputasi baik mereka disamping mempertahankan status terkini mereka sebagai 'penghulu' Liga.

02 April 2010

CORETAN TENTANG PASUKAN ATM



Pasukan Tentera bukanlah calang-calang pasukan dalam saingan Liga Tempatan ketika ini terutama Liga Perdana. Tidak dinafikan, suatu masa dulu memang Tentera menjadi pasukan belasahan. Namun begitu, berdasarkan rekod Tentera pernah mencapai suatu yang boleh dibanggakan. Naib Juara Piala HMS Malaya tahun 1949 dan 1966 manakala merangkul kejuaraan Liga FAM pada tahun 1997 dan Naib Juara 2006.

Jika dihitung, memang telah lama Tentera tidak merangkul kejuaraan-kejuaraan yang berprestij di Malaysia. Mereka hampir-hampir mencipta sejarah ketika pertemuan Suku Akhir Piala FA baru-baru ini. Namun begitu, peluang itu dilepaskan begitu sahaja.