21 December 2011

Lima Stadium Sahaja Yang Lulus Ujian Pencerahan Lampu Limpah | Liga Malaysia 2012

Tiga minggu menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga M) 2012, hanya lima buah stadium sudah lulus syarat kecerahan lampu limpah untuk mengadakan perlawanan pada sebelah malam.

Lima stadium itu ialah Stadium Nasional, Bukit Jalil; Stadium USM, Pulau Pinang; Stadium Utama Negeri, Kangar; Stadium Darul Aman, Alor Setar dan Stadium Temerloh, Pahang.Selebihnya masih belum lulus ujian pencerahan lampu limpah minimum 800 lux ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu; Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu; Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan Stadium Perak, Ipoh.

Teruskan Membaca..

14 December 2011

Senarai Keseluruhan Pemain Import Yang Didaftarkan 2012 | Liga Malaysia 2012

Senarai pemain import Liga Malaysia 2012

Kelantan FA
1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)
2. Emmanuel Okine (Ghana)
3. Denny Antwi (Ghana)
4. Zakaria Charara (Lubnan)

Terengganu FA
1. Jusio Nunis (Brazil)
2. Sibi Gwar (Nigeria)

Selangor FA
1. Ramez Dayoub (Lubnan)
2. Lelo Mbele (Congo)

Kedah FA
1. Daniel Baroni (Brazil)
2. Danilo Rafael (Brazil)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)
2. Bruno Martelotto (Argentina)

Jadual Piala FA 2012 | Piala FA 2012



BY: PORTALSUKAN

12 December 2011

Marlon Alex James dan Bruno Sertai ATM

Marlon Alex James, pemain dari St Vincent yang menjadi tonggak Kedah dalam musim 2006 hingga 2008, akan kembali beraksi dalam Liga M musim ini – kali ini bersama pasukan ATM.

Seorang lagi pemain luar negara yang menyertai ATM musim ini ialah Bruno Sebastian Martelotto dari Argentina.

Marlon, 35, penyerang yang berkemahiran, memulakan kariernya di negara asalnya St Vincent bersama Youth Olympians dan kemudian berpindah ke Combined Stars FC dan Newill Hope International FC sebelum menjadi professional dalam tahun 2000.

Marlon memulakan karier profesionalnya di Ireland bersama Bray Wanderes. Dia kemudian berhijrah ke Portugal bersama kelab divisyen dua, Tirsense pada musim 2001.   Teruskan Membaca....

PBAT Umum Laman Web Rasmi | UMUM

07 Dis 2011 lalu, Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (PBAT) mengumumkan laman web rasmi mereka buat julung kalinya dalam sejarah. Laman ini memaparkan segala maklumat terperinci termasuklah carta liga, barisan pemain, sejarah pasukan dan sebagainya.

Ini merupakan perkembangan positif sejajar dengan misi menaikkan nama ATM dipersada sukan bolasepak tempatan. Bukan bermakna laman web yang akan memajukan sukan akan tetapi inilah platform yang perlu ada berdasarkan peredaran zaman ketika ini.

Penyokong dan semua yang inginkan maklumat boleh terus ke web rasmi ATM FA .


Manakala Laman ini iaitu soldiersoccerfc hanyalah atas dasar minat, sokongan dan kesetiaan kepada pasukan TENTERA.

08 December 2011

Fenomena ULTRAS Di Malaysia

"Kumpulan Ultras" merupakan satu fenomena baru dalam bolasepak di Malaysia. Namun begitu, ianya sudah lama bertapak di luar negara. Paling mudah untuk melihat aksi "Ultras" tonton saja dalam perlawanan yang melibatkan pasukan bolasepak kelab mahupun negara luar.

Di Malaysia, asasnya "Ultras" ditubuhkan mengikut negeri-negeri dan kelab-kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia. Ketika pasukan Kebangsaan beraksi, kesemua "Ultras" akan bergabung menjadi satu ketumbukan yang menggelarkan di mereka sebagai "ULTRAS MALAYA".

04 December 2011

Pra Liga Malaysia 2012 | ATM V Perak

Std Mini 3K MPSJ
JAM 2045

ATM (2) V Perak (4)

Agak mengecewakan aksi yang dipamerkan, biarpun peluang demi peluang terhidang tetapi masih gagal mencari kemenangan. Penulis yang hanya sampai ke Stadium seawal separuh masa kedua tidak mendapat gambaran penuh aksi keseluruhan. Hujan menyebabkan padang 3K lecak dan kurang memuaskan. Pun begitu, Perak dilihat lebih bernafsu di padang yang lembab dan lecak ini.

Biar pun kelibat Aidil Zafuan dilihat mengemudi barisan pertahanan ATM, ianya masih memerlukan latihan dan keserasian dikalangan mereka. Begitu juga dengan Azmi Muslim pertahanan kiri ATM bekas pemain Kedah yang juga pemain kebangsaan memerlukan sedikit masa untuk mempamerkan aksi sebenar. Hairuddin Omar pula berjaya menjaringkan gol untuk ATM.

Tapi ini baru persahabatan. Medan ini digunakan oleh B Santhianathan untuk mencari kelemahan untuk diperbaiki.

Untuk Penyokong ATM yang hadir, Tahniah dan Syabas. Teruskan sokongan, bukan setakat ini saja, malah berterusan tidak kira kalah atau menang. Tidak kira siapa pemainnya. "Biarlah Lalang Hidup Dengan Alamnya, Usah diturut Resminya Yang Songsang".

01 December 2011

Pemain Tempatan Bakal Tenggelam, Gara-Gara Pemain Import?

Sudah menjadi rutin suku terakhir setiap tahun, pasukan-pasukan bolasepak tempatan akan membuat persiapan untuk saingan Liga Malaysia tahun yang berikutnya. Stadium-stadium pula tidak pernah sunyi dengan perlawanan-perlawanan pra atau persahabatan.

Ini adalah perkara biasa senario bolasepak. Namun begitu, untuk musim 2012 akan datang, bolasepak Malaysia bakal diserikan dengan kehadiran semula 'awang impot' setelah FAM membenarkan pengambilannya mulai musim depan tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu.