ATM mempamerkan aksi yang agak memberansangkan semalam namun belum cukup untuk mengekang kehebatan Johor FC yang dipaksa oleh anak-anak buah Zulhamizan Zakaria untuk berkerja keras sebelum mencatatkan kemenangan 2-1. Nasib ATM seakan-akan sama samada dalam Liga Perdana mahupun Piala Malaysia. Dengan gelaran pakar seri cukup untuk menghadirkan rasa 'cuak' kepada pasukan lain.
Pun begitu, peluang sudah tertutup rapat untuk ATM mencipta sejarah layak ke Suku Akhir. 3 mata dari 5 perlawanan peringkat kump c tidak cukup untuk menyaingi Johor FC 9 mata, Perak 7 mata dan Kedah 6 mata.
Ketiga-tiga pasukan ini akan merebut dua slot ke peringkat seterusnya. Saya cuba simpulkan berdasarkan pemerhatian saya sepanjang perlawanan peringkat kumpulan yang melibatkan ATM. Saya berpeluang menyaksikan 4 perlawanan dari 5 perlawanan tersebut.
Pertahanan | ATM bertuah kerana mendapatkan khidmat pemain-pemain handalan yang berpengalaman di bahagian ini. Namun begitu, gawang dibocori 7 gol daripada 5 perlawanan, boleh memberi persepsi yang pelbagai. Pada saya pertahanan ATM 'among the best'. Tidak dinafikan, ada pertahanan yang kerap membuat kesilapan yang menghadiahkan peluang dan gol buat lawan. Sebagai contoh, pusingan pertama di Ipoh. Ketika ATM mendahului 2 - 1 disaat-saat akhir Perak memperolehi sepakan penalti setelah pertahanan ATM membentes pemain lawan dalam kotak penalti. Akhirnya, keputusan seri 2-2. Seperkara lagi komunikasi sesama pemain perlu diperkemaskan agar tiada kesilapan kecil berlaku yang boleh membawa musibah.
Tengah | Saya tidak kecewa sangat dengan barisan tengah ATM. Cuma sekali sekala kehilangan bola dikaki akibat gopoh. Secara keseluruhannya berjaya melaksanakan tugas menghantar bola dan mencipta peluang untuk jaringan gol. Cuma saya kesal dengan sesetengah pemain yang suka bergerak solo atau 'Individual Play' yang tidak pada masa nya, sedangkan rakan lain dalam kedudukan yang terbaik untuk jaringkan gol. Barisan tengah ATM perlu memantap komunikasi, persefahaman dan kreativiti. 'Ball Interception' perlu dipertajamkan lagi. Selain itu, percubaan jarak jauh juga perlu diberi perhatian. Ini kerana, ada pemain tengah yang mampu menghasilkan menjaringkan gol dari luar kotak penalti tapi perlu lebih tepat dan padu.
Serangan | "Right Time at The Right Place" Itu lah Saravanan. Kelebihan beliau perlu dipergunakan sepenuhnya. Cuma masalah kecederaan yang menjadi penghalang untuk beliau mempamerkan aksi sebenarnya. Ternyata beliau tidak seperti dulu. Jarang melakukan larian solo yang menghuru-harakan pertahanan lawan. Namun begitu, kebolehan menjaringkan gol dengan pelbagai teknik harus dipergunakan. Selain Saravanan, Syafiq juga mampu berbuat demikian, peluang bergandingan dengan pemain berpengalaman seperti Saravanan adalah sangat bernilai dan berguna. Barisan serangan ATM keseluruhannya sepanjang kempen Piala Malaysia masih ditahap sederhana. Berjaya mencipta peluang namun sukar untuk menghasilkan jaringan. Saravanan menjadi 'Target Man' ATM sudah semestinya dikawal ketat. Di sinilah pentingnya komunakasi dan persefahaman selain daripada strategi permainan. Kesimpulannya, penyudah yang 'accurate' amat ditagih dan perlu berkerja keras dalam memastikan hala tuju tim ATM. 'Orang tidak tanya macam mana boleh gol, sebaliknya Orang akan tanya siapa menang dan berapa jaringan gol'.
Kesimpulan | Tahun 2010 adalah tahun gemilang ATM. Dapat menyatukan Penyokong segenap pelosok di Malaysia. Ini kerana persembahan yang dipamerkan agak 'luar biasa' dari sebelumnya. Faktor penyebabnya adalah kehadiran pemain 'luar' (Import Tempatan) yang banyak mengubah rentak permainan menjadi setaraf dengan pasukan bolapak profasional lain di negara ini. Selain itu, En. Zulhamizan Zakaria juga patut diberi pujian kerana berjaya membuat percaturan yang terbaik untuk ATM. Percayalah, 2010 adalah permulaan bagi ATM. Saya pasti, jika ini diteruskan ATM akan lebih digeruni kawan dan lawan. Konsistensi amat penting dalam setiap perlawanan, hanya itu yang perlu untuk terus maju ke hadapan. Nasihat saya kepada pemain-pemain ATM terutama anggota Tentera, inilah masanya untuk anda 'mencuri ilmu' dan penuhkan didada. Kenapa? Jawapannya terlalu panjang untuk dihuraikan. Banyak kesannya. Jadikan ini sebagai peluang terbaik untuk memajukan Bolasepak ATM hingga ke peringkat akar umbi.
PANTANG UNDUR TETAP MARA!!
No comments:
Post a Comment