16 March 2012

Liga FAM | UiTM Vs Tentera Darat | 18 Mac 2012

kredit to: facebook.com/ligafam
Tentera Darat bakal ke UiTM untuk perlawanan seterusnya dalam misi mencari mata berharga untuk memastikan mereka kekal di tangga kedua. Kini Tentera Darat di tangga kedua dengan 4 mata dan UiTM ditangga ketiga dengan 3 mata.

Dalam perlawanan lalu Tentera Darat terikat 1-1 dengan PBAPP FC. Marilah kita bersama-sama ke Stadium UiTM untuk memberi sokongan.

07 March 2012

Senarai Penjaring Gol | Liga Premier 2012

Terkini Sehingga 05 Mac 2012:

Hairuddin Omar (ATM)         - 9 Gol
Marlon Alex James(ATM)      - 7 Gol

Seterusnya.......

ATM VS USM FC | Keputusan


ATM meneruskan kecemerlangan dengan membenam pasukan berstatus kelab iaitu USM FC dengan jaringan besar 4-0.


ATM menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ATM hanya bergantung kepada Marlon Alex James yang menjadi pencetus semangat pasukan dan menjaringkan gol. Namun, segala dibalas dengan semua gol dijaringkan oleh anak tempatan iaitu, Zaquan Adha, Christie Jayaseelan, Hairuddin Omar dan Varathan.

Dengan kemenangan ini, ATM dianggap sudah benar-benar kembali ke kondisi terbaik apabila dikecewakan Perak dalam saingan Piala FA lalu.

Jangan lupa Ikuti perkembangan semasa pasukan ATM di laman sosial Facebook/ATMFA .