08 October 2012

Preview | ATM Vs Lions XII | Separuh Akhir Kedua | Piala Malaysia 2012

Bukan mudah mencipta mencari gol jika bertemu Lion XII di Jalan Besar, apatah lagi mencipta kemenangan. Namun, Tentera membuktikan bahawa mereka adalah tergolong dalam pasukan terbaik di Malaysia dengan mengikat Skuad Singa Kota itu dalam siri perlawanan lalu 1-1. Misi seterusnya adalah mengekalkan rentak cemerlang itu di Selayang Khamis nanti. Biarpun rata-rata berpendapat, Tentera bakal meraih kemenangan seterusnya nanti, tetapi ianya bukanlah semudah kata-kata. Lion XII merupakan sebuah pasukan yang sempurna di semua posisi. 

Jika perhatikan, mereka juga memiliki barisan pemain yang terbaik tidak kira kesebelasan utama mahupun barisan simpanan. Kemampuan mereka mencipta jaringan dari segenap penjuru atau cara menjadi mereka antara pasukan yang digeruni lawan setakat ini. Lions XII memiliki kekuatan boleh dikatakan diluar jangkaan pada mana ketika mereka beraksi ditahap terbaik mereka. 

03 October 2012

SEPARUH AKHIR | PIALA MALAYSIA 2012

SEPARUH AKHIR 1 :  LIONS XII VS ATM @ STD JALAN BESAR(05 OKTOBER 2012)

SEPARUH AKHIR 2 :  KELANTAN VS SELANGOR STD SULTAN MUHAMMAD KE IV( 06 OKTOBER 2012)


02 October 2012

Suku Akhir 2 | N.Sembilan V ATM | Piala Malaysia 2012

ATM meneruskan kejutan dengan memalukan Skuad Jang di hadapan penyokong sendiri. Dengan Agregat 6-3 ATM bakal menentang Lions XII pada 5 dan 6 Okt 2012 akan datang. Biarpun Negeri Sembilan terlebih dahulu di depan seawal babak pertama, namun Aidil Zafuan bingkas menyambar peluang hantaran lintang hasil dari Short Corner Azmi Muslim untuk gol penyamaan. Babak kedua, ATM terus menerus melancarkan serangan dikala Negeri Sembilan masih tercari-cari rentak sebenar mereka. Dua gol terhasil untuk ATM selesa dengan 3-1 sehingga tamat permainan.