22 March 2010

ATM Tenggelam Di Halaman Sendiri - ATM vs Kedah

ATM menamatkan sisa-sisa saingan TM Piala FA 2010 dengan keputusan yang tragis. 5-0 adalah satu keputusan yang amat memeranjatkan. Penulis menerima panggilan yang menderu-deru daripada sahabat-sahabat 'negeri lain' yang terperanjat dengan keputusan yang dicatatkan. Mana tidaknya, ATM berjaya mengikat Kedah di Alor Setar tiba-tiba 'ditapau' dengan rakus oleh lawan di laman sendiri!

Di mana silapnya? Penulis berada di kedua-dua perlawanan akan cuba membuat rumusan. Kita tumpukan kepada perlawanan Di Selayang.

Separuh masa pertama. ATM memulakan perlawanan di hadapan kurang lebih 5 ribu penyokong sendiri (anggaran kasar)dengan bergaya sekali. Serangan diatur dengan baik , ini dibuktikan dengan serangan bertali arus dan kira-kira minit ke 9 Saravanan sepatutnya membuka jaringan tetapi beliau gagal walaupun Helmi Eliza telah ditewaskan, bola hanya sekadar singgah dipalang gol kedah. 

Kedah lebih banyak bertahan dan sekali sekala melakukan serang balas pantas, namun gagal memecah kebuntuan. Tatkala perlawanan masuk minit-minit akhir, Badrol Bakhtiar menjadi duri dalam daging buat ATM setelah berjaya merembat masuk sepakan percuma kira-kira 30 meter dari muka gol ATM. Jaringan itu tidak dapat diterima oleh sesetengah penyokong ATM dan menyalahkan penjaga gol yang sekurang-kurangnya dapat menepis keluar bola berkenaan yang hanya beberapa inchi dari nya. Badrol Bakhtiar sekali lagi menjadi pemusnah apabila menyudahkan hantaran silang dari kiri gol ATM dengan tandukan yang menarik. Tamat separuh masa ATM 0-2 Kedah.

Babak kedua menyaksikan kelemahan penjaga gol utama ATM Khairul Anuar yang melepaskan dua gol mudah. Kelemahan sebegini sudah semestinya menjadi buah mulut penyokong-penyokong yang amat kecewa dengan prestasi beliau. 

Harapan penulis sebelum ini ingin melihat ATM mara ke separuh akhir berkecai sama sekali. Terlalu banyak perkara yang perlu di atasi oleh PBAT. ATM perlu tajamkan bahagian penyudah (Striker) yang tampak sukar untuk jaringkan gol jika bertemu pasukan yang kuat. Penulis tidak menafikan bahawa ATM mempunyai kekuatan tersendiri antaranya,  kecergasan, kerjasama, disiplin dan kemahiran. Namun begitu, perlu dipertajamkan lagi untuk saingan seterusnya nanti mungkin Piala Malaysia yang akan datang.

Sekarang, ATM harus terus ke hadapan. Teruskan perjuangan untuk TM Liga Perdana 2010. Penulis tetap menyokong ATM. Menang kalah adat bertanding. Keep it Up!

No comments:

Post a Comment