26 April 2010

Kedudukan Tentera Terancam - TM Liga Premier 2010

Dua perlawanan yang lalu, ATM bertemu pasukan yang sama iaitu PKNS. Namun kedua-dua perlawanan ATM memperoleh hanya 1 mata. Peluang ini digunakan Sabah untuk memintas ATM dan PKNS untuk berada di tempat kedua liga dibelakang Felda United.

Penyokong-penyokong ATM ternyata hampa dengan prestasi yang dipamerkan ATM. Permainan ATM tampak longlai dengan tiada serangan-serangan yang bahaya yang bisa merobek gawang lawan. Pun begitu, dalam perlawanan yang lalu di Selayang, peluang terhidang gagal dimanfaatkan untuk jaringan gol. Begitu juga dengan pasukan PKNS,mereka gagal untuk sudahkan peluang di depan gawang untuk jaringan gol.


Perlawanan seterusnya ATM akan berkunjung ke laman Harimau Muda yang kini sedang meniti ke puncak. Mereka kini berkongsi 23 mata dengan ATM, hanya jaringan yang memisahkan mereka ditangga ke 5 liga ketika ini. ATM perlu konsisten dan kekalkan reputasi baik dalam liga, yang mana setakat ini mereka hanya kalah sekali ditangan Sabah diawal musim di Selayang dulu. Ini untuk memastikan mereka akan bersaing dengan pasukan lain untuk menerajui takhta liga premier 2010.

Sokongan untuk ATM jangan dirisaukan. Jika diSelayang, 100-200 penyokong dalam tangan, InsyaAllah. Pamerkan permainan menarik dan jangan biarkan penyokong yang baru berjinak-jinak menyokong cabut lari dek kerna prestasi yang suram.

No comments:

Post a Comment