23 May 2010

Tentera gagal kekang Sabah

Tentera gagal membalas dendam terhadap musuh ketat mereka Sabah. Dalam perlawanan lalu, Sabah menewaskan Tentera dengan 2-0 di Likas. Dalam pusingan pertama di Selayang, Sabah berjaya mencuri 3 mata dengan kemenangan di saat akhir 1-0.

Baki perlawanan selepas ini Tentera perlu menang dengan pendahulu liga semakin garang dan makin jauh meninggalkan lawannya yang lain. Tentera yang hanya tewas 2 kali dan lebih tragis mereka tewas kepada lawan yang sama. Ternyata, Sabah adalah 'badi'kepada Tentera. Diharap ianya tidak menjadi tradisi di masa-masa akan atang.

Teruskan perjuangan! GEMPUR WIRA!!

07 May 2010

Preview ATM vs Shahzan Muda - 07 Mei 2010 | TM Liga Premier 2010

07 Mei 10. Tentera bakal berentap dengan Shahzan Muda yang akan bertandang ke Stadium Selayang untuk perlawanan ke 14. Dalam pusingan pertama lalu, mereka hanya berkongsi mata di Kuantan. Tentera ternyata rugi ketika itu sedangkan berpeluang untuk mencuri 3 mata penuh. Namun begitu, peluang masih ada Jumaat ini untuk memastikan 3 mata milik mereka.

Berdasarkan prestasi lalu, Tentera dilihat tidak mempunyai masalah besar untuk menundukkan Shahzan Muda yang hidup segan mati tak mahu dalam Liga Premier 2010. Mereka penghuni tegar tangga tercorot liga dengan 1 Menang 1 Seri dan 11 Kalah dengan memperoleh 4 mata saja. Amat memalukan buat Tentera jika seri atau kalah.

05 May 2010

TENTERA IKAT ANAK HARIMAU MUDA DI MELAKA! | HM 4 - ATM 4

Bagaikan mimpi. Seri 4-4. Memang menakjubkan! Ketinggalan 3-0 di separuh masa dan bangkit dengan 4 gol di babak kedua. Memang hebat! Penulis secara peribadi mengucapkan tahniah, biarpun gagal mengutip 3 mata penuh. 

Seperti yang penulis komenkan dalam artikel lalu ternyata berubah hampir 100%. Bayangkan dua perlawanan sebelumnya ATM 'lack chances for a goal'. Tetapi entah apa yang disuntik mereka bangkit secara tiba-tiba untuk mengikat anak-anak Harimau dengan keputusan seri. Harimau Muda B sememangnya kurang dari segi pertahanan berdasarkan jumlah bolos yang kini mencecah angka 27. 

Tentunya, para peminat ATM menarik nafas lega dengan kebangkitan ini selepas disajikan dengan aksi longlai di Selayang menentang PKNS dalam perlawanan lalu. Penulis harap satu. Konsistensi. Tingkatkan jangan kekalkan, jika tidak tiada kemajuan. 1 ATM 1 MALAYSIA! ATM BOLEH!