10 March 2010

ATM Ikat Kedah Di Alor Setar!

ATM semalam memalitkan satu keperitan buat anak-anak buah Hj Ahmad Yusof. ATM tampak agak goyang seawal permainan namun begitu semakin menjadi-jadi apabila jam permainan separuh masa hampir ke penghujungnya. Pada minit ke 43 sepatutnya ATM didepan namun hantaran silang rendah kurang 2 meter dari muka gol gagal disudahkan Saravanan yang terlalu gopoh untuk menyudahkan peluang berkenaan. Permainan seolah-olah seimbang dan Kedah agak terkejut dengan barisan pertahanan ATM yang dikemudi pemain berpengalaman Ahmad Tarmini Shaiban yang mengekang setiap gerakan Kedah dengan baik.

Kedah di depan akhirnya pada minit ke 53. 1-0 tidak mematahkan semangat ATM, sebaliknya mereka mengasak kubu Kedah tanpa henti. Hasilnya, 10 minit selepas Kedah mendahului, ATM memperolehi sepakan penalti setelah percubaan ke arah gol terampan tangan pertahanan Kedah. Saravanan menyudahkannya dengan baik untuk menyamakan kedudukan 1-1.

ATM dan Kedah saling berbalas serangan kemudiannya. ATM lebih banyak menyerang dengan Counter Attack yang lemah menyebabkan segalanya terbantut. Pada penghujung permainan, Azlan Ismail diperintah keluar padang kerana menyerang pemain ATM. Azlan yang juga tersenarai penjaring terbanyak Liga Super bertindak diluar kawalan setelah berang dengan pemain berkenaan. Tindakannya itu mendapat kritikan daripada penonton yang mana sepatutnya beliau yang telah bergelar profesional tidak wajar bertindak sedemikian.

Mutu pengadilan juga menjadi pertikaian banyak pihak terutama Kedah. Namun begitu, ini bukan masalah sebenarnya. Waima EPL sekali pun tetap menghadapi masalah yang sama. Kekuatan sesebuah pasukan bukan terletak pada Pengadil 100%. Jika pasukan berkenaan benar-benar kuat, datanglah siapa pun pengadil, menang tetap menang. ATM Keep It Up! Kenari sudah mula bersiul tanpa suara!

2 comments:

  1. menarik blog atm nih...
    tp lagi menarik kalo disertakan dengan gambar aksi perlawanan...
    sebab x pernah tgk macam mana rupenye pasukan atm nih.. kat paper pun xdak..
    tolong ye...

    tq

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Terima kasih atas komen yang diberikan. Pihak SoldierSoccerFC sedang mengusahakan gambar berkenaan untuk tatapan. Al maklumlah masih baru dan kekurangan kaki dan tangan untuk itu. Tapi Insya Allah.

    Majulah sukan untuk Negara

    ReplyDelete