20 April 2010

2 Perlawanan Yang Mencabar!

Tentera berjaya mengalahkan seteru kuat dalam saingan Liga Premier, Felda United. Kemenangan ini mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga itu. Satu gol daripada Saravanan cukup untuk menyentap Felda yang kini berada di zon selesa liga. 


Semalam, ATM hampir-hampir kecundang di laman PKNS namun bangkit di separuh masa untuk mengikat PKNS dengan keputusan 1-1. Pun begitu, ATM perlu menang kesemua baki perlawanan dan mengekalkan konsistensi kerana Sabah sedang menghambat dengan berada dibelakang ATM dengan hanya perbezaan jaringan. 


23 Apr 2010 nanti, ATM berpeluang membalas dendam terhadap PKNS yang akan mbertandang ke Selayang untuk perlawanan ke 12 mereka di laman ATM. Peluang ini harus dipergunakan sebaiknya untuk menerajui takhta Liga premier 2010 seterusnya menggapai impian untuk ke Liga Sueper 2011 nanti. 


Para pengkritik bola sepak masih kurang yakin keupayaan pasukan ATM dan mereka mengatakan bahawa ATM hanya bernasib baik semata-mata mengharapkan pemain-pemain luar yang kini berkhidmat untuk ATM. Tetapi, itulah hakikat sebenarnya. ATM perlu membuktikan kekuatan sebenar mereka tidak kira siapa lawannya. Kejayaan menyekat Felda adalah sesuatu yang amat membanggakan dan itu belum cukup untuk membuka mata pengkritik bolasepak yang melebihkan pasukan-pasukan ternama lain.


Tumpukan perhatian untuk habiskan perlawanan Liga musim ini, dan cipta sejarah baru untuk pasukan ATM. Yakin. Tentera Hebat!

No comments:

Post a Comment