Harimau Muda B akan menanti kunjungan Tentera dilaman mereka Stadium Hang Tuah Melaka untuk perlawanan ke 13 TM Liga Premier 2010. Tentera kini dilihat bergelut dengan konsistensi untuk mencari kemenangan dalam perlawanan mereka. Dalam dua perlawanan terakhir, mereka gagal memungut 3 mata dan saingan untuk ke puncak Liga semakin terbuka.
Harimau Muda B dilihat mampu menyaingi Tentera sekiranya mereka mengekalkan konsitensi mereka dalam perlawanan ini. Mereka berjaya memenangi dua perlawanan sebelum ini dengan menyaksikan jaringan yang besar. Ketika peminat liga tempatan memberi perhatian kepada pasukan-pasukan tersohor lain seperti Felda dan PKNS, ramai yang terlupa dan terlepas pandang prestasi baik anak buah Ong Kim Swee ini. Jika diimbas kembali, dalam perlawanan sulung mereka, mereka berjaya mengikat Tentera yang ketika itu masih segar bugar dan bersemangat tinggi.
Namun begitu, berdasar prestasi semasa,Tentera perlu pertajamkan barisan serangan mereka dan memperbaiki permainan mereka yang dilihat semakin hambar. Dalam perlawanan yang lalu bertemu PKNS, tiada jaringan gol yang menyaksikan mereka berkongsi mata di Selayang. Pada pemerhatian penulis, Tentera kini berdepan masalah dibarisan serangan. Ketiadaan gandingan Saravanan iaitu Syafiq amat dirasai. Syafiq adalah seorang pemain opportunistic yang sentiasa membuatkan pertahanan lawan rimas dengan gerakannya. Manakala Saravanan bertindak sebagai Pemusnah utama hasil gerakan-gerakan barisan tengah.
Harimau Muda B pula dilihat memiliki senjata sulit mereka tersendiri. Tunjang kekuatan mereka adalah Fitness dan kemahiran yang tinggi disamping moral dan semangat juang yang tinggi. Penulis amat mengagumi moral mereka yang dilihat matang walaupun usia mereka baru setahun jagung. Percaturan Ong Kim Swee dilihat berani mempertaruhkan semua pemain mudanya untuk memberi pendedahan kepada semua pemainnya. Menggerunkan ketika penulis menyaksikan perlawanan mereka menentang PKNS yang menyaksikan mereka menang 4-2 ketika itu. Mereka dilihat rakus mencari gol sehingga minit-minit akhir perlawanan.
Oleh yang demikian, Tentera perlu berwaspada dan menyediakan ramuan ampuh untuk mengekang serangan dan gerakan mereka. Tentera perlu mempertingkatkan kerjasama antara mereka dan menggunakan kelebihan yang ada untuk meneutralkan Harimau Muda B. Pemain-pemain Tentera perlu menggunakan pengalaman mereka untuk memastikan Harimau Muda B tempang di laman sendiri nanti. Pun begitu, pertahanan adalah kekuatan Tentera. Jadi, lakukan yang terbaik untuk menghalang barisan muda Ong Kim Swee untuk meneruskan kecemerlangan mereka.
Sesungguhnya, perlawanan ini amat penting kerana kedua-dua pasukan ini berkongsi mata ketika ini masing-masing dengan 23 mata hanya dipisahkan dengan beza jaringan gol. Tentera perlu bangkit! Ayuh! Jangan hampakan para penyokong yang semakin sayang dengan pasukan Tentera. Usah biarkan mereka mencemuh pasukan sendiri. ATM Boleh!!
No comments:
Post a Comment