28 December 2012

ATM vs Kelantan Buka Tirai Liga Super 2013 | Piala Sumbangsih


Barisan Kesebelasan Utama Ketika Persahabatan Bangkok FC(1) V ATM (0). 

Musim 2013 dilihat agak berliku dan populariti ATM dilihat sedikit tenggelam biarpun pengendalinya Santhianathan menyatakan sudah mendapat pengganti Aidil dan Zaquan. Aksi pertama 2013 semestinya dinantikan biarpun FAM masih belum mengeluarkan jadual perlawanan rasmi.

Ini kerana terdapat pindaan akhir dibuat selaras dengan jadual kelayakan Piala Asia Feb nanti. Jika diteliti hasil perlawanan persahabatan setakat ini, ATM masih belum meraih kemenangan dikala pasukan-pasukan lain sudah mendapatkan bayangan prestasi awal mereka. Namun begitu, ATM bakal menggempur habis-habisan dalam misi menggenggam kejuaraan Liga Super 2013.

01 December 2012

Liga FAM 2013 | Tentera Darat Bersama 9 Lagi Pasukan Menyahut Cabaran 2013




Perlawanan Pertama Liga FAM akan bermula pada Februari 2013. Berikut Adalah 10 Pasukan berserta 'Home Venue' yang bakal menyahut cabaran bagi merebut tempat ke Liga Perdana 2014:

1. Pulau Pinang FA -Stadium Bandaraya
2. Melaka FA - Stadium Hang Tuah
3. PBAPP FC - Stadium Bandaraya
4. Shahzan Muda SC - Stadium Temerloh
5. Tentera Darat FC - Pdg Bolasepak Kem Bt.Kentomen
6. Tumpat FC - Stadium Sultan Muhammad IV
7. UKM FC - Stadium UKM Bangi
8. Kuantan FA - Stadium Temerloh/Stadium DarulMakmur
9. Kedah United - Stadium Darulaman
10. Cebagoo FC - Stadium Penampang


Sumber: FB (Liga FAM)