27 January 2012

Umum | B Santhianathan Masih Realistik

Kekalahan mengejut kepada Sime Darby FC menjadi igauan ngeri buat ATM dan menjadi pengajaran berguna untuk tidak memandang rendah kepada lawan.

Biarpun pengendali ATM itu telah menasihatkan anak didiknya agar berwaspada namun segala tidak menjadi dan bukan rezeki ATM untuk kekalkan rekod tanpa kalah selepas 4 perlawanan.

Di saat sebegini wajarlah ATM mula mencongak strategi baru yang lebih ampuh dikala pasukan lawan mula mencatur rancangan untuk menumpaskan pasukan yang digelar 'Manchaster City' Malaysia ini. Pada penulis, strategi dan corak permainan ATM sudah mula dapat dibaca oleh pihak lawan.

Tambahan pula, selepas ini ATM bakal berdepan lawan yang lebih kental dengan rekod tanpa kalah setakat ini iaitu Pahang. Secara lojiknya, Pahang bukanlah asing kepada Hairuddin Omar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha kerana mereka pernah menewaskan pasukan Pahang sebelum ini. Namun dalam situasi yang ini mereka perlu lebih relalistik dalam keadaan pasukan lawan ditahap terbaik ketika ini.

Baca Lagi..

25 January 2012

Keputusan | Sime Darby Vs ATM


Sime Darby (2) Vs (1) ATM

Stadium MP Selayang
JAM 1645
21 Jan 2012

Penjaring gol: Sime Darby (2) Sengbah Kennedy 24', Patrick Wleh 40' V ATM (1) Hairuddin Omar 9'

20 January 2012

Perlawanan Ditunda | Sime Darby V ATM | 20 Jan 2012

Sime Darby V ATM

DIMAKLUMKAN, PERLAWANAN TERPAKSA DIHENTIKAN DAN DISAMBUNG HARI SABTU 21 JAN 2012 JAM 4.45 PETANG.


Setakat petang tadi Sime Darby (0) V ATM (2) Kedua-dua gol hasil Jaringan Marlon Alex James.

Terima Kasih.

16 January 2012

Keputusan | ATM Vs Harimau Muda B


ATM (2) Vs (0) Harimau Muda B

Stadium MBPJ
JAM 2045

Selepas Marlon Alex James menjadi wira Tentera, kini giliran 'otai' Malaysia Hai-o atau Hairuddin Omar menukilkan nama sebagai penjaring gol pertama ATM.

Segalanya seolah-olah menemui jalan buntu dan serba tidak menjadi apabila banyak peluang terhidang gagal disudahkan dengan gol.

Babak kedua, B Santhianathan bertindak agresif dengan mengeluarkan pemain-pemain utama digantikan dengan Fresh Leg antaranya Christie Jayaselan masuk untuk menggantikan Zaquan Adha dan Azmi Muslim dikeluarkan untuk Amirizdwan Taj, dan hasilnya gol pertama diperoleh menerusi Hairuddin Omar minit ke 71.

Harimau Muda ibarat sudah jatuh ditimpa apabila pemainnya dilayang kad merah dan peluang ini digunakan oleh Christie Jayaselan untuk menambah gol ATM menjadikan kedudukan 2-0.

Secara keseluruhannya dilihat percaturan jurulatih ATM cukup berkesan pada perlawanan ini. Tindakan yang serta-merta dilihat bijak ini akhir berjaya menjinakkan 'Anak-Anak Harimau' Malaysia ini.

Ternyata, ATM tidak sekadar mengharapkan Pemain Utama, tidak kira siapa sahaja yang dimasukkan akan memainkan peranan sebaik mungkin. Inilah yang patutu dicontohi oleh mana-mana pemain terutama ATM.

Keputusan | Johor MBJB Vs ATM


Johor MBJB 0 Vs 5 ATM

Biarpun tampak suram di separuh masa dengan terikat 0-0 namun, segala berubah di babak kedua.

Marlon muncul wira dengan 4 gol dalam perlawanan berkenaan dan satu gol lagi disumbangkan oleh Zaquan Adha.

Ini adalah hasil usaha semua pemain, yang berkerja keras selama ini dan ini merupakan medan terbaik menghasilkan apa yang diimpikan ATM selama ini.

Wajar untuk ATM menang besar ke atas Johor MBJB yang baru dinaikkan ke Liga Premier tahun ini kerana ATM dibarisi boleh dikatakan semua pemain berpengalaman Liga Super musim lalu.

Ditambah lagi dengan B Santhianathan yang tidak perlu diperkenalkan lagi kredibiliti beliau sebagai jurulatih bolasepak.

11 January 2012

Preview | Johor MBJB Vs ATM


Tarikh: 13 Jan 2012 (Jumaat)
Masa: Jam 1645
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Muar

Angkatan Tentera Malaysia akan bertandang ke Muar untuk melayan Johor MBJB untuk perlawanan kedua Liga Premier 2012.

Masih segar kemenangan 2-0 dalam perlawanan sulung lalu, ATM dilihat berada pada landasan terbaik untuk meraih kemenangan kedua mereka.

Kelibat Marlon Alex James dan Bruno sudah semestinya ditagih setelah berjaya mempamerkan aksi yang mengujakan tempohari. Namun begitu, keupayaan Johor MBJB tidak harus diperkecilkan. Mereka sudah semestinya akan menyajikan aksi terbaik mereka untuk mengejutkan ATM.

Teruskan Perjuangan ATM! Gempur Wira!

10 January 2012

Keputusan | ATM Vs NS Betaria FC

P1 |ATM (2) vs NS Betaria FC (0)
Stdm MBPJ

ATM melakar kemenangan pertama menundukkan pendatang baru Liga Premier 2012 Negeri Sembilam Betaria FC 2-0. Kedua-dua gol dihasilkan pada seperuh masa pertama oleh pemain import Marlon Alex James.

Marlon mula menunjukkan taringnya seawal minit kedua perlawanan dan minit ke 22. Biarpun NS Betaria bermain 10 orang apabila seorang pemain dilayangkan merah minit ke 29, ATM gagal menambah jaringan hingga ke wisel penamat.

05 January 2012

JADUAL LIGA PREMIER 2012 (PUSINGAN PERTAMA) | ATM

Pusingan Pertama

9-Jan-12

ATM (2) V (0)NS BETARIA
JAM 2045 STDM MBPJ

12-Jan-12
JOHOR MBJB (0) V (5)ATM
JAM 1645 STDM SULTAN IBRAHIM,MUAR

16-Jan-12
ATM (2) V (0)HARIMAU MUDA 'B'
JAM 2045 STDM MBPJ

20-Jan-12
SIME DARBY(2) V (1)ATM
JAM 1645 STDM MP SELAYANG

3-Feb-12 (LIVE AND EXCLUSIVE ON ASTRO ARENA 801)
ATM (3)V (2) PAHANG
JAM 2045 STDM MBPJ

10-Feb-12
PERLIS V ATM
JAM 2045 STDM UTAMA, KANGAR

13-Feb-12
JOHOR FA(1) V (4)ATM
JAM 2045 STDM MP PASIR GUDANG

2 MAC 12
ATM V USM FC
JAM 2045 STDM MBPJ

16 MAC 12
MP MUAR V ATM
JAM 1645 STDMSULTAN IBRAHIM,MUAR

30 MAC 12
ATM V POS MALAYSIA
JAM 2045 STDM MBPJ

6-Apr-12
PRDM V ATM
JAM 2045 STDM TUANKU ABD RAHMAN


NOTA : MASA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN TERKINI OLEH F.A.M
KREDIT TO: fam.org.my
OLAHAN: syidibl@ck.