"Kumpulan Ultras" merupakan satu fenomena baru dalam bolasepak di Malaysia. Namun begitu, ianya sudah lama bertapak di luar negara. Paling mudah untuk melihat aksi "Ultras" tonton saja dalam perlawanan yang melibatkan pasukan bolasepak kelab mahupun negara luar.
Di Malaysia, asasnya "Ultras" ditubuhkan mengikut negeri-negeri dan kelab-kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia. Ketika pasukan Kebangsaan beraksi, kesemua "Ultras" akan bergabung menjadi satu ketumbukan yang menggelarkan di mereka sebagai "ULTRAS MALAYA".
Untuk mengetahui apa itu Ultras dan perjuangan mereka boleh terus ke
Silverstate Ultras untuk maklumat lebih terperinci. Biar pun ianya adalah Ultras untuk Perak saja, tetapi maklumat tentangnya adalah sama.
Ini adalah Ultras-Ultras yang aktif. Tahun 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih menarik dan dijangkakan ketumbukan mereka akan menjadi lebih besar. Ini kerana musim 2012 menjanjikan saingan yang lebih sengit Liga Malaysia dengan kehadiran semula pemain import. Sebenarnya masih banyak lagi, termasuk ATM. Paling mudah, para Ultras ATM akan menyanyikan lagu-lagu semangat tentera sambil diiringi pancaragam dari awal sehingga ke akhirnya.
Gambar Di bawah menunjukkan contoh ketaksuban dan kehebatan Ultras di luar negara (Atletico Madrid)
Salute ALL THE ULTRAS!!
Nadi penggerak ketumbukan Penyokong Bolasepak Malaysia!
wrong info bro...ultras bermula di malaysia bermula dgn ultras malaya..kemudian baru ultras2 negeri diwujudkan...juga lambang2 ultras2 negeri yg anda berikan adalah versi lame dan bukan official...
ReplyDeleteYa..betul..tapi saya tidak menyatakan secara terus bahawa ultras mana yang wujud terlebih dahulu. That's why saya letakkan link di semua foto untuk tahu lebih lanjut.
ReplyDeleteSaya ingin memperkenalkan Ultras2 ni dari akar umbi atau daripada asas nya. So, pembaca boleh cari apa yg terkini, samada nak join secara rasmi atau just untuk dapatkan info tentangnya. Seriously saya sendiri terlibat secara tidak langsung@join Silverstate Ultras dan geng2 Tentera.
Apa2 pun tq bro atas maklumat dan ingatan saya amat hargainya. Inilah yg kita mahukan saling tegur menegur. TQ very much.