17 June 2013

Liga FAM 2013 | Tentera Darat Mengintai Slot Ke Liga Perdana 2014



Berbaki 3 perlawanan Tentera Darat berpeluang ke Liga Perdana 2014 mengiringi Pulau Pinang yang telah mengesahkan tempat semalam selepas secara rasmi dinobatkan juara Liga FAM 2013.

Perlawanan seterusnya, Tentera Darat bakal ke Stadium Bandaraya untuk membuat perhitungan dengan PBAPP Pulau Pinang yang menyaksikan mereka kini berkongsi mata dan dipisahkan dengan beza jaringan. Untuk makluman, mereka kini berkongsi 32 mata dan perlu masing-masing inginkan 3 mata untuk tempat kedua.

Selepas itu, Tentera Darat bakal menanti kunjungan Kuantan FA di Kem Batu Kentonmen 30 Jun 2013 sebelum menentang PB Melayu Kedah dalam perlawanan terakhir pada 05 Julai 2013. Kuantan FA juga dilihat cuba menggugat kedudukan PBAPP dan Tentera Darat yang mana kini mereka menghuni tangga ke 4 dengan 29 mata dan masih kurang satu perlawanan.

Tentera Darat WAJIB memastikan 3 mata penuh dalam 3 perlawanan mereka untuk mengesahkan tempat ke Liga Perdana 2014. Sejarah bakal tercipta jika mereka berjaya ke Liga Perdana 2014 yang menyaksikan kebangkitan pasukan kerdil ATM layak pertama kali dalam sejarah Tentera Darat Malaysia biarpun sebelum ini SDM Navy telah berjaya berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment