24 June 2013

Liga FAM 2013 | Tentera Darat Kecundang Di Pulau Pinang

Tentera Darat kecundang di tangan pencabar terdekat PBAPP FC yang merupakan pesaing terdekat untuk merebut slot pasukan kedua mengiringi Pulau Pinang ke Liga Perdana 2014. PBAPP FC merupakan pasukan kedua dari Pulau Pinang yang mana mereka memasang misi untuk ke Liga Perdana bersama Skuad Abangnya iaitu Pulau Pinang.

Bagi Tentera Darat mereka masih berpeluang biarpun gagal petang semalam memanfaatkan peluang terhidang untuk memperoleh 3 mata. PBAPP FC yang dibarisi oleh pemain-pemain berpengalaman menggunakan sebaiknya beraksi di laman sendiri untuk 3 mata berharga.

Berikut Adalah Kedudukan Terkini selepas perlawanan 23 Jun 2013:

1- P.Pinang =51pts
2- PBAPP FC =35pts
3- Tentera Darat =32pts
4- Harimau Muda C =32pts
5- Kuantan FA =29pts
6- Melaka FA =29pts




Berbaki dua perlawanan Tentera Darat FC perlu menang semua perlawanan sambil mengharapkan PBAPP FC tewas dalam baki dua perlawanan dan Harimau Muda C juga tewas atau gagal memungut mata penuh dalam dua perlawanan terakhir mereka. Menanti Tentera Darat selepas ini adalah Kuantan Port FA dan PBM Kedah.

Mahu atau tidak jika ingin ke Liga Perdana 2014, Tentera Darat perlu menang dalam semua perlawanan selepas ini.

 

No comments:

Post a Comment