16 January 2012

Keputusan | ATM Vs Harimau Muda B


ATM (2) Vs (0) Harimau Muda B

Stadium MBPJ
JAM 2045

Selepas Marlon Alex James menjadi wira Tentera, kini giliran 'otai' Malaysia Hai-o atau Hairuddin Omar menukilkan nama sebagai penjaring gol pertama ATM.

Segalanya seolah-olah menemui jalan buntu dan serba tidak menjadi apabila banyak peluang terhidang gagal disudahkan dengan gol.

Babak kedua, B Santhianathan bertindak agresif dengan mengeluarkan pemain-pemain utama digantikan dengan Fresh Leg antaranya Christie Jayaselan masuk untuk menggantikan Zaquan Adha dan Azmi Muslim dikeluarkan untuk Amirizdwan Taj, dan hasilnya gol pertama diperoleh menerusi Hairuddin Omar minit ke 71.

Harimau Muda ibarat sudah jatuh ditimpa apabila pemainnya dilayang kad merah dan peluang ini digunakan oleh Christie Jayaselan untuk menambah gol ATM menjadikan kedudukan 2-0.

Secara keseluruhannya dilihat percaturan jurulatih ATM cukup berkesan pada perlawanan ini. Tindakan yang serta-merta dilihat bijak ini akhir berjaya menjinakkan 'Anak-Anak Harimau' Malaysia ini.

Ternyata, ATM tidak sekadar mengharapkan Pemain Utama, tidak kira siapa sahaja yang dimasukkan akan memainkan peranan sebaik mungkin. Inilah yang patutu dicontohi oleh mana-mana pemain terutama ATM.

No comments:

Post a Comment