10 January 2012

Keputusan | ATM Vs NS Betaria FC

P1 |ATM (2) vs NS Betaria FC (0)
Stdm MBPJ

ATM melakar kemenangan pertama menundukkan pendatang baru Liga Premier 2012 Negeri Sembilam Betaria FC 2-0. Kedua-dua gol dihasilkan pada seperuh masa pertama oleh pemain import Marlon Alex James.

Marlon mula menunjukkan taringnya seawal minit kedua perlawanan dan minit ke 22. Biarpun NS Betaria bermain 10 orang apabila seorang pemain dilayangkan merah minit ke 29, ATM gagal menambah jaringan hingga ke wisel penamat.


Permainan jelas dimonopoli oleh tuan rumah sepenuhnya namun tindakan NS Betaria bermain secara bertahan sepenuhnya menyukarkan ATM untuk menambah koleksi gol.

Kemenangan ini menambahkan keyakinan penyokong ATM yang mula menaruh kepercayaan terhadap pasukan, buktinya hampir 3000 penyokong bertandang ke stadium untuk menyaksikan sendiri detik kebangkitan ini.

Diramalkan, akan ramai lagi penyokong yang akan hadir dalam perlawanan seterusnya bukan sahaja anggota tentera malah peminat-peminat setia pemain-pemain ATM.

Teruskan sokongan!

No comments:

Post a Comment