16 January 2012

Keputusan | Johor MBJB Vs ATM


Johor MBJB 0 Vs 5 ATM

Biarpun tampak suram di separuh masa dengan terikat 0-0 namun, segala berubah di babak kedua.

Marlon muncul wira dengan 4 gol dalam perlawanan berkenaan dan satu gol lagi disumbangkan oleh Zaquan Adha.

Ini adalah hasil usaha semua pemain, yang berkerja keras selama ini dan ini merupakan medan terbaik menghasilkan apa yang diimpikan ATM selama ini.

Wajar untuk ATM menang besar ke atas Johor MBJB yang baru dinaikkan ke Liga Premier tahun ini kerana ATM dibarisi boleh dikatakan semua pemain berpengalaman Liga Super musim lalu.

Ditambah lagi dengan B Santhianathan yang tidak perlu diperkenalkan lagi kredibiliti beliau sebagai jurulatih bolasepak.

No comments:

Post a Comment