27 January 2012

Umum | B Santhianathan Masih Realistik

Kekalahan mengejut kepada Sime Darby FC menjadi igauan ngeri buat ATM dan menjadi pengajaran berguna untuk tidak memandang rendah kepada lawan.

Biarpun pengendali ATM itu telah menasihatkan anak didiknya agar berwaspada namun segala tidak menjadi dan bukan rezeki ATM untuk kekalkan rekod tanpa kalah selepas 4 perlawanan.

Di saat sebegini wajarlah ATM mula mencongak strategi baru yang lebih ampuh dikala pasukan lawan mula mencatur rancangan untuk menumpaskan pasukan yang digelar 'Manchaster City' Malaysia ini. Pada penulis, strategi dan corak permainan ATM sudah mula dapat dibaca oleh pihak lawan.

Tambahan pula, selepas ini ATM bakal berdepan lawan yang lebih kental dengan rekod tanpa kalah setakat ini iaitu Pahang. Secara lojiknya, Pahang bukanlah asing kepada Hairuddin Omar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha kerana mereka pernah menewaskan pasukan Pahang sebelum ini. Namun dalam situasi yang ini mereka perlu lebih relalistik dalam keadaan pasukan lawan ditahap terbaik ketika ini.

Baca Lagi..

No comments:

Post a Comment