08 January 2013

ATM vs LIONS XII FC | Perlawanan LS 1 | Liga Super 2013

Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi
Jam 2045
Rabu 9 Jan 2013

Mulai esok, Paroi menjadi destinasi utama para penyokong ATM kerana Stadium Tunku Abd Rahman telah ditetapkan sebagai 'Home' untuk ATM. Biar di mana pun ATM beraksi, sudah semestinya aksi terbaik yang ditagih.

Pasukan Lions XII yang ditewaskan semasa Separuh Akhir Piala Malaysia lalu bakal menguji anak-anak buah Santhianathan yang masih segar merangkul kejuaraan pembuka tirai Piala Sumbangsih Sabtu lalu. Namun begitu, rata-rata peminat berpendapat, ATM dilihat kekurangan bisa tidak seperti tahun lalu.



Pelbagai faktor dilihat mempengaruhi aksi mereka ketika ini yang tidak perlu diperkatakan buat masa ini. Lions XII yang dibarisi oleh majoriti skuad Piala Suzuki lalu,dilihat turut memasang impian menggunung untuk menggegarkan Liga Super musim ini.

 3 mata pertama WAJIB di Paroi. Bagaimana caranya? Itu semua bergantung kepada pemain-pemain ATM dan percaturan jurulatihnya. Ayuh Soldiers! Gamatkan Paroi!

No comments:

Post a Comment