23 March 2010

TUMPUAN UNTUK MENAKLUKI LIGA PERDANA 2010

Hidup mesti terus! Setelah disingkirkan oleh Sang Kenari, kini ATM dengan amannya boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada saingan yang belum selesai iaitulah Liga Perdana 2010. Dengan berkedudukan di tangga ke 3 dalam carta, ATM memperoleh 18 mata dari 9 perlawanan, beza 7 mata dengan pendahulu Felda United yang mengungguli Liga Perdana ketika ini. 

ATM dijangka akan menanti kehadiran Felda United 16 Apr 10 nanti di Selayang. Perlawanan ini seharusnya diberi perhatian dan Felda harus di atasi untuk mencerahkan laluan ATM berada dipuncak Liga. Felda yang cemerlang dalam edisi 2010 ini dilihat sebagai tentangan terhebat disamping PKNS yang mana ATM akan menguji mereka pada 19 Apr dan 23 Apr akan datang.

Tim ATM perlu memadamkan kenangan pahit yang terpalit tempohari dengan aksi cemerlang dalam saingan Liga Perdana selepas ini. Ini penting untuk memulihkan semangat para penyokong yang kini ibarat lalang ditiup angin. Percayalah, warga ATM masih percaya dan yakin tim ATM boleh pergi lebih jauh selepas ini. Hadiahkan penyokong dengan sesuatu yang tidak ternilai harganya iaitu KEMENANGAN.

Perjuangan belum selesai..Masih ada yang perlu dilakukan..

22 March 2010

Sejurus Sebelum Perlawanan ATM vs Kedah

Suasana sebelum perlawanan bermula.


Antara Penyokong ATM yang datang awal.


Pemain-pemain memanaskan badan.


Posted by Picasa

ATM Tenggelam Di Halaman Sendiri - ATM vs Kedah

ATM menamatkan sisa-sisa saingan TM Piala FA 2010 dengan keputusan yang tragis. 5-0 adalah satu keputusan yang amat memeranjatkan. Penulis menerima panggilan yang menderu-deru daripada sahabat-sahabat 'negeri lain' yang terperanjat dengan keputusan yang dicatatkan. Mana tidaknya, ATM berjaya mengikat Kedah di Alor Setar tiba-tiba 'ditapau' dengan rakus oleh lawan di laman sendiri!

17 March 2010

ATM vs Kedah - INFO TM Piala FA 2010

  


ATM akan menanti kehadiran Sang Kenari (Kedah) ke Selayang Sabtu nanti untuk menghabiskan sisa-sisa Suku Akhir TM Piala FA 2010. Di Alor Setar, ATM berjaya mengikat Kedah dengan jaringan 1-1. Bagaimana pun ATM mempunyai kelebihan satu Gol di tempat lawan. Untuk itu, di Selayang, sekiranya keputusan seri 0-0 ATM sudah layak ke Separuh Akhir.

Berdasarkan aksi lalu di Alor Setar, ATM berkemampuan menewaskan Kedah sekurang-kurangnya 1-0 di Selayang nanti. Kedah ternyata tidak kurang hebatnya ketika di Alor Setar namun mereka akan ke Selayang tanpa penjaring terbanyak mereka Azlan Ismail 7 gol dalam Liga Super. Azlan dilayangkan kad merah dalam Suku Akhir pertama yang lalu. 

16 March 2010

SUMBANGAN ANDA

Salam Penuh Keceriaan. Kepada saudara saudari, tuan puan dan cik sekiranya ingin menyumbangkan artikel berkaitan bolasepak TEMPATAN, info mahupun cadangan untuk menambah baik blog ini, anda dialu-alukan untuk menghantarkan kepada editor blog ini.

Selain itu, sekiranya anda mempunyai salinan gambar terkini perlawanan ATM atau apa saja berkaitan bolasepak ATM, boleh dikongsikan dengan semua dengan mengirimkannya melalui email editor guano82@gmail.com atau klik pada profil editor di sebelah untuk dapatkan email.

Sumbangan ikhlas tuan puan amat dihargai.

11 March 2010

Foto Pemain-Pemain ATM (Uniform)

Gambar Kenangan Pemain-Pemain ATM Bersama Brigedier Jen Dato' Pahlawan (ir) Abdul Nasir

Foto: Sumber harimaumalaya.com

10 March 2010

ATM Ikat Kedah Di Alor Setar!

ATM semalam memalitkan satu keperitan buat anak-anak buah Hj Ahmad Yusof. ATM tampak agak goyang seawal permainan namun begitu semakin menjadi-jadi apabila jam permainan separuh masa hampir ke penghujungnya. Pada minit ke 43 sepatutnya ATM didepan namun hantaran silang rendah kurang 2 meter dari muka gol gagal disudahkan Saravanan yang terlalu gopoh untuk menyudahkan peluang berkenaan. Permainan seolah-olah seimbang dan Kedah agak terkejut dengan barisan pertahanan ATM yang dikemudi pemain berpengalaman Ahmad Tarmini Shaiban yang mengekang setiap gerakan Kedah dengan baik.

09 March 2010

KEDAH VS ATM - TM Piala FA

09 Mac 10 menjadi tarikh bersejarah dalam perjalanan berliku bolasepak ATM apabila pada tarikh berkenaan mereka akan bertandang ke Alor Setar untuk beradu kekuatan dalam saingan suku akhir pertama Piala FA. Ramalan banyak pihak sudah semestinya menyebelahi pasukan Sang Kenari yang telah melakarkan banyak kejayaan sebelum ini.

Namun begitu, jika diperhatikan dan dikaji dengan mendalam, ATM tidak kurang hebatnya. Biar pun gagal meraih 3 mata dalam saingan Liga baru-baru ini itu tidak bermakna mereka pada tahap prestasi yang tidak menentu. Kekuatan mereka umpama harimau yang menyimpan kuku dan ayam jantan yang sembunyikan keris dikakinya. 

Penulis meramalkan kejutan akan berlaku di Alor Setar nanti. Razali Hussin yang juga Ketua Jurulatih sudah semestinya akan mempergunakan anak buahnya yang patuh taat setia dan berdisiplin tinggi untuk mencipta sejarah ke atas juara 3 kejuaraan suatu masa dulu.Dalam bolasepak macam-macam boleh berlaku. Awas Sang Kenari, keadaan goyah dan 'mabuk' dihanyak Red Giant tempohari masih terasa. Berwaspada. Pilih antara dua, dimalukan atau terus dibuai arus kecemerlangan yang dalam kesamaran.

Bagi ATM, tiada pilihan lain. Menang atau menang? Kuatkan azam. Lastik Kenari!