03 Feb 2012, ATM bakal menanti kunjungan skuad Tok Gajah di Stadium MBPJ Petaling Jaya.
Ibarat 'Amukan Tok Gajah Yang Terluka' itulah perumpamaan yang rasanya sesuai untuk pasukan Pahang yang seolah-olah bangkit setelah tersingkir dari saingan Liga Super musim ini.
Pahang merupakan antara dua pasukan yang belum tewas setakat ini selain PDRM yang menghuni tangga teratas selepas 5 perlawanan dan Pahang ditangga kedua kurang satu perlawanan.
Rekod pertemuan ATM dan Pahang sebelum ini iaitu pada 3 Jul 2008 dan 2 Ogos 2008 yang mana ketika itu mereka diundi dalam satu kumpulan Piala Malaysia, ATM kalah dalam kedua-dua perlawanan dengan 2-1. Itu rekod 3 tahun lalu, tetapi kini kedua-dua dianggap pesaing utama merebut takhta Liga Premier 2012 yang dijangka sengit disamping Sime Darby dan PDRM.
Berbeza dengan Pahang, ATM kalah dalam pertemuan terakhir sebelum mereka berehat panjang tempoh hari, mana kala Pahang seri dengan Perlis 2-2 di Kangar. Namun begitu, B Santhianathan tetap yakin dengan barisan pemainnya yang menunjukkan peningkatan terutama selepas berjaya menundukkan kelab Balestier Khalsa 2-0 dalam aksi persahabatan 31 Jan 2012 lalu.
Pertemuan ini juga dianggap sebagai 'Buku Bertemu Ruas' dan merupakan medan menguji pasukan mana yang paling hebat musim 2012 ini. Untuk pemain-pemain senior seperti Hairuddin Omar, Rizal Zambri dan pemain import tempatan lain seperti Aidil Zafuan dan Zaqhuan Adha, Pahang bukan pasukan asing bagi mereka dan mereka pernah menewaskan pasukan ini tetapi dalam suasana dan pasukan yang berbeza.
Sudah semestinya kemenangan menjadi rebutan. Pahang tetap mahu kemenangan, manakala ATM pula mahu leburkan rekod lampau dan buktikan kepada penyokong setia yang mereka hebat dan kesetiaan penyokong tidak sia-sia.
Namun begitu, 90 minit malam esok menjadi penentu segalanya. ATM harus bangkit dan melupakan kekalahan lalu.
No comments:
Post a Comment