08 February 2012

ATM VS PAHANG (Keputusan) | "Tok Gajah Tumpas"

Kemenangan atas kegigihan. ATM dan Pahang mempamerkan aksi yang menakjubkan dalam perlawanan yang disifatkan sebagai 'buku bertemu ruas' 3 februari lalu. ATM dipaksa mengerah sepenuh tenaga sebelum berjaya menundukkan anak-anak buah Dollah Salleh ini yang agak 'liat' untuk ditundukkan.

'Gajah terluka' ini dilihat begitu bernafsu sejak diturunkan ke Liga Premier 2012 dengan mengalami kekalahan pertama mereka musim ini di tangan ATM. Kelibat Marlon Alex James sekali lagi menjadi igauan ngeri buat pertahanan Pahang dan tiba-tiba muncul wira baru yang sedang meningkat naik Christie JayaSeelan yang meledakkan gol kemenangan ATM.


Beliau yang masuk untuk menggantikan Fitri Omar minit ke 56 terus mempamerkan aksi yang menarik sehinggalah minit ke 83 beliau meletakkan ATM di depan 3-2.

Beliau sudah semestinya telah mula membuatkan B Santhianathan 'pening' untuk mencatur barisan hadapan yang ketika ini boleh dikatakan agak sempurna. Namun begitu, Jurulatih ATM ini sudah semestinya memiliki jalan tersendiri menghadapi situasi ini. Christie pula dikatakan sudah bersedia untuk dibariskan dalam kesebelasan utama ATM.

Disebalik kemenangan ini, timbul pula cakap-cakap belakang yang mengatakan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas penyokong ATM yang gagal mendapatkan tiket sehinggakan untuk menonton di pagar dikenakan bayaran RM 5.00. Diharap pihak yang membuat kenyataan ini di Facebook ATMFA tampil dengan aduan lengkap untuk PBAT mengambil tindakan dan penjelasan lanjut mengenainya.

Perkara sebegini tidak wajar berlaku, kerana ATM baru sahaja meningkat naik dengan prestasi menakjubkan tetapi dicemari dengan kejadian-kejadian yang agak memalukan seperti ini. Diharap pihak yang berwajib memantau perkara ini sebaiknya dalam menjaga nama baik ATM.

5 comments:

  1. Gua rase lu sorang je baca blog ni...Takpelah, lu sendiri buat & lu sendiri baca...Hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Terima Kasih. Cantik Bahasa Melayu tuan. Bukan memaksa, tapi hakikatnya ada orang baca dan hantar komen pulak tu, lepas tu tanya ada orang baca atau tak. Ini bukan satu-satu blog saya tuan.

      Baca yang ni sama, http://www.seladang.net/2012/02/liga-super-2012-perak-vs-sarawak-result/

      Dan cuba tengok Total Review sebelah kiri tu tuan, dah 11,000 lebih pun. Terima Kasih.

      Delete
    2. biar la dia syidi..
      emm...pape pn thanks sbb skrg ni da salu gk update blog..dpt tau perkembangan semasa ATM...lantak la pe org nk kata pn...

      Delete
    3. Ye la are chik, team dah kuat ..ramai yang dah sombong sekarang ni, masa team teruk dulu dua tiga orang je pegi stadium, then sekarang claim diorang SETIA..konon nya la. Pas tu nak provok2 orang lain. TEAM KUAT dah sekarang. Tunggu la nanti....

      Delete
  2. biaq p la apa depa nk kata...walaupn cik abe da x men ngn ATM lg..tp are-chik still sokong ATMFA.. :)

    ReplyDelete