04 December 2011

Pra Liga Malaysia 2012 | ATM V Perak

Std Mini 3K MPSJ
JAM 2045

ATM (2) V Perak (4)

Agak mengecewakan aksi yang dipamerkan, biarpun peluang demi peluang terhidang tetapi masih gagal mencari kemenangan. Penulis yang hanya sampai ke Stadium seawal separuh masa kedua tidak mendapat gambaran penuh aksi keseluruhan. Hujan menyebabkan padang 3K lecak dan kurang memuaskan. Pun begitu, Perak dilihat lebih bernafsu di padang yang lembab dan lecak ini.

Biar pun kelibat Aidil Zafuan dilihat mengemudi barisan pertahanan ATM, ianya masih memerlukan latihan dan keserasian dikalangan mereka. Begitu juga dengan Azmi Muslim pertahanan kiri ATM bekas pemain Kedah yang juga pemain kebangsaan memerlukan sedikit masa untuk mempamerkan aksi sebenar. Hairuddin Omar pula berjaya menjaringkan gol untuk ATM.

Tapi ini baru persahabatan. Medan ini digunakan oleh B Santhianathan untuk mencari kelemahan untuk diperbaiki.

Untuk Penyokong ATM yang hadir, Tahniah dan Syabas. Teruskan sokongan, bukan setakat ini saja, malah berterusan tidak kira kalah atau menang. Tidak kira siapa pemainnya. "Biarlah Lalang Hidup Dengan Alamnya, Usah diturut Resminya Yang Songsang".

No comments:

Post a Comment