Sudah menjadi rutin suku terakhir setiap tahun, pasukan-pasukan bolasepak tempatan akan membuat persiapan untuk saingan Liga Malaysia tahun yang berikutnya. Stadium-stadium pula tidak pernah sunyi dengan perlawanan-perlawanan pra atau persahabatan.
Ini adalah perkara biasa senario bolasepak. Namun begitu, untuk musim 2012 akan datang, bolasepak Malaysia bakal diserikan dengan kehadiran semula 'awang impot' setelah FAM membenarkan pengambilannya mulai musim depan tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu.
Berdasarkan video perlawanan persahabatan ATM V Kelantan tempohari, jelas menunjukkan impak pemain impot dalam sesebuah pasukan. Sebagai contoh pasukan Kelantan. Kelibat pemain impot sering menjadi ancaman kepada pertahanan ATM. Setiap gerakan mereka amat mengujakan. Jelas sekali pemain-pemain impot Kelantan mula menunjukkan keserasian dengan pasukan mereka ketika ini. Bagi ATM pula, mereka dilihat masih tercari-cari rentak dalam memburu slot ke Liga Super 2013.
Ruang dan masa yang ada ketika ini harus dimanfaatkan untuk menilai, meneliti dan merencana formula terbaik untuk mencapai misi.
Persoalan yang mula berlegar difikiran ketika ini, adakah 2011 kemuncak dominasi pemain-pemain tempatan? Mampukah pemain tempatan menyaingi pemain impot untuk mengisi slot pemain terbaik dan penjaring terbanyak? Senario ini bakal kita saksikan dimusim hadapan, pada pandangan penulis, hanya yang terbaik akan dinobatkan sebagai juara. Pemain-pemain tempatan perlulah meningkatkan daya usaha dan komitmen untuk menyaingi 'awang impot' yang sudaj semestinya bakal mencuri tumpuan kelak.
Inilah masanya untuk kita buktikan bahawa rakyat Malaysia juga terbaik dikalangan terbaik. Jadikan pemain impot sebagai cabaran dan pemangkin semangat untuk memajukan diri.
No comments:
Post a Comment