31 May 2011

INFO | FAM,SPRM,PDRM,FANS | RAWAT 'PENYAKIT' BOLASEPAK

Agak panas jika dibincangkan berkenaan Rasuah, atur perlawanan dan sebagainya. Mana tidaknya, sejak Malaysia dilawat oleh wakil FIFA dan Interpol, mula timbul isu mengatur perlawanan di dalam saingan Liga Malaysia.

Penulis cuba untuk sedarkan semua peminat bolasepak agar menyedari tentang apa yang dikatakan mengatur perlawanan. Dalam artikel lalu penulis sudah pun memberi gambaran. Jadi kali ini, penulis cuba kongsikan 'kepeningan' kepala hotak sendiri tentang perkara ini.

Jika kita perhatikan, sekarang wujud banyak website yang berunsur 'betting'. Web ini memang menarik. Liga bolasepak seluruh dunia ada disitu. Malaysia tidak terkecuali. Kalau anda tidak faham apa yang penulis katakan cuba cari sendiri:



Memang ada di situ.





Laman web ini lengkap dengan statistik liga, jadual dan sebagainya. Mungkin juga jadi rujukan untuk mengetahui info terkini terutama jaringan gol mana-mana perlawanan.

Persoalannya, bagaimana begitu cepat mereka mengemaskini LIVE SCORE di setiap venue perlawanan di Malaysia? Dan Siapa? Kadang-kadang jadi pening memikirkannya.

Kadang-kadang penulis sendiri ragu-ragu dengan ketelusan Liga di Malaysia seolah-olah mempermain-mainkan penyokong dan peminat setia bolasepak terutama di Malaysia.

Sedih, risau, gusar, keliru dan pelbagai lagi perasaan timbul apabila memikirkannya. Sampaikan terasa seperti serik untuk menyokong. Pendek kata melunturkan semangat untuk ambil tahu pasal bolasepak di Malaysia ni.

Pada penulis, masalah ini bukan hanya FAM yang perlu mengambil tindakan di samping SPRM dan PDRM, malah lebih daripada itu hingga ke peringkat FIFA perlu memikirkan perkara ini.

Secara lojik akalnya, jika wujud web-web yang sebegini, mesti ada dalang dan konco-konconya. Memang pertaruhan atau jika di Malaysia disebut sebagai JUDI adalah diharamkan, tetapi di negara lain ianya tidak salah.

Jadi, FAM SPRM PDRM perlu memikirkan cara untuk atasi semua ini. Di samping itu, kerjasama penyokong-penyokong atau sesiapa sahaja yang tahu tentang perkara ini amat diperlukan. Penulis hanya setakat ini mampu membantu. Selebihnya, penulis kurang arif.

Penulis amat sayang dengan Bolasepak Malaysia yang kini dilihat semakin meningkat mutu dan kualitinya sejak menang Sukan SEA dan AFF Suzuki Cup lalu. Jadi, Jangan rencatkan kebangkitan ini dengan perkara-perkara HARAM sebegini.

No comments:

Post a Comment