Arena bolasepak adalah merupakan satu ruang yang untuk menonjolkan kebolehan individu seterusnya menyerlahkan kemampuan, keupayaan dan komitmen berkerja sebagai satu pasukan.
Bermula dengan pihak pengurusan, tidak kira status pasukan berkenaan samada peringkat bawahan (daerah,sekolah dsb) hinggalah ke peringkat tertinggi dalam bolasepak antarabangsa, Pengurusan pasukan adalah sangat penting. Komitmen pihak pengurusan akan memberi pengaruh yang besar terhadap pasukan yang diurus.
Jadi tidak hairanlah jika dilihat kepada trend di zaman sekarang, gagal sahaja sesuatu pasukan maka pengurus pasukan itu akan dipersalahakan. Lazimnya ini berlaku kepada pasukan bolasepak di Eropah.
Namun begitu, di Malaysia tidak kurang hebatnya. Kita lebih mengenali Jurulatih yang kerap dipanggil Pengendali Skuad. Jika kaki bola, nama-nama seperti M Karathu, Wan Jamak Wan Hasan, Azraai Khor Abdullah, Norizan Bakar, paling glamour ketika ini K Rajagobal dan ramai lagi individu yang kita boleh anggapkan mereka sebagai pencetus kemeriahan bolasepak Malaysia.
Jurulatih yang baik bukan sahaja bijak mengatur strategi malah lebih daripada itu, mereka bijak menguruskan latihan dan berbagai lagi pentadbiran berkaitan latihan termasuk psikologi pemain-pemain. Seseoang jurulatih akan dikagumi jika dalam pasukan terdiri daripada anak-anak muda yang kurang berpengalaman tetapi berjaya memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain lebih senior.
Apa yang dihuraikan di atas adalah berkaitan pengurusan pasukan, kejurulatihan dan serba sedikit tentang pemain. Perkara sebenar yang cuba dirungkaikan di sini adalah berkaitan 'PENYAKIT' dalam sukan bolasepak, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga seluruh dunia. Iaitulah, JUDI.
Sepanjang pengetahuan penulis, kesan yang paling ketara akibat judi dalam bolasepak ini adalah apa yang dikatakan mengatur keputusan perlawanan. Untuk mengatur keputusan perlawanan banyak pihak dijangka terlibat. Samada pihak pengurusan, jurulatih atau pemain itu sendiri.
Jika di negara kita terkenal dengan Rasuah Bolasepak yang pernah mengejutkan kita suatu masa dahulu yang melibatkan hampir puluhan pemain dibuang daerah akibat jual beli perlawanan dan rasuah.
Terkini, FIFA berjaya menumpaskan sindikit juda bolasepak, sila klik sini.
Malaysia termasuk dalam senarai negara yang menjadi sasaran Interpol hasil siasatan mereka sejak Piala Dunia 2010 lalu.
Penulis amat sensitif dengan isu-isu sebegini. Namun begitu amat sukar untuk mengenal pasti siapa yang terlibat terutama dikalangan pengurusan dan pemain? Sesetengah pihak hanya mentafsir dengan mata kasar berdasarkan prestasi semasa pemain.
Persoalan yang membelenggu fikiran penulis ketika ini, adakah 'penyakit' ini melanda pasukan ATM? Penulis bukan hendak menuduh, tetapi penulis terlibat dalam dunia bolasepak tidak lah lama, tetapi dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan pasukan ketika ini.
'Penyakit' ini amat mudah dijangkiti kepada pemain-pemain. Paling merbahaya jika dijangkiti kepada pemain-pemain utama dalam posisi penting seperti Penjaga Gol, Pertahanan dan Tengah. Susah memang susah untuk kenal pasti. Tetapi jika diselusuri prestasi awal musim sehingga kini dengan rakaman video mungkin tahu puncanya.
Artikel ini cukup setakat ini.
Bersambung........
No comments:
Post a Comment