27 May 2011
Bolasepak Di Malaysia Belum No.1? Adakah ini Benar?
Penulis berfikir sejenak memikirkan apakah tajuk di atas sesuai untuk menyatakan pandangan sebagai pemerhati amatur bolasepak tempatan. Segalanya bermula apabila penulis dikejutkan dengan soalan daripada rakan-rakan bukan seorang malah lebih daripada seorang.
Soalan atau kenyataannya lebih kurang begini: " Mana layan bolasepak Malaysia, apa barang tak de kelas, tak ambik port la, lebih baik tengok EPL ke La Liga ke".
Penulis tidak terkejut malah dengan selamba ayat yang ringkas padat penulis tanyakan kepada rakan ini; " Tengok I/C ko..ohh warganegara Malaysia rupenye..ingatkan England ke Spanish ke.."
Apa yang cuba penulis cuba kongsikan di sini, iaitulah kaitannya dengan situasi yang berlaku di atas. Hakikatnya begitulah suasana kemeriahan bolasepak di Malaysia. Masih belum boleh dibanggakan lagi kemeriahannya. Paling sedih rakyat Malaysia, memang lahir di Malaysia, mula kenal bolasepak di Malaysia tapi tidak mengambil peduli buat endah tak endah bolasepak Malaysia.
Lain lah jika hati tidak kepada bolasepak lebih menjurus kepada sukan lain. Apabila berdebat pasal bolasepak malaysia penulis suka keluarkan kenyataan ini, " apabila ditanya, siapa penjaga gol utama Malaysia? Tak perlu ramai la, hanya sebut 3 orang pemain utama Malaysia".
Sedih, memang sedih sebab ramai yang tidak ambil peduli. Menang, dia lah penyokong no.1. Kalah, dia juga no.1 tapi mengutuk menghina. Kalau tanya pasal EPL, memang mantap, sampaikan saiz but, jenis but yang pemain pakai pun tahu.
Bukan penulis hendak menghalang sesiapa atau memerli tapi biar berpada-pada. Hak masing-masing, terpulang M.U, Chelsea, Arsenal, Barcalona dan sebagainya, itu atas minat individu. Tetapi, janganlah herdik, hina atau merendahkan Bolasepak Tanahair sendiri. Sayu hati. Seolah-olah menikam saudara dari belakang.
Ingat asal-usul kita. Penulis membesar dengan suasana bolasepak tempatan. Mungkin masih baru. Azizul Abu Hanifah, Zainal Abidin, Nizam Adha, Azmi Mahmud, Azman Adnan (muda lagi masa tu), ramai lagilah seangkatan dengannya. Jika pemain import, Abbas Saad, Scott Olarenshaw (entah betul ke tidak ejaan) lebih kurang la, Olobummi Adigun, Peter Nekerten. Ramai lah kalau nak di sebut.
Rindu rasanya untuk kembali ke zaman itu. Kalau dalam padang main bola di kampung masing-masing cuba meniru gaya pemain pujaan mereka ketika itu. Bersemangat dan memang seronok.
Berbalik kepada isu tadi. Penulis ringkaskan. Biar apa pun terjadi, jatuh bangun atau buruk baik bolasepak di Malaysia, ITULAH WAJAH KITA. KITA ANAK MALAYSIA. Cuba terima hakikat ini. Semasa duka kita cuba menangis bersama dan semasa gembira kita bergembira bersama. Untuk memberi komen atau luahkan rasa tidak puas hati, pergi ke mana-mana platform maya (Website) dalam internet luahkan. Zaman sekarang bercambah platform untuk kita berbuat demikian. Beri komen yang positif dengan harapan ada pihak yang berkenaan menerima pandangan positif kita.
Peminat, penyokong atau apa sahaja perkataan yang sama maksud dengannya perlukan perubahan sejajar dengan keadaan masa kini. Semakin hari penyokong semakin bijak menilai dan bijak memberi pandangan tidak kurang juga yang bijak menggunakan ruang dan peluang untuk membantu dalam untuk memeriahkan bolasepak tempatan.
Ringkasnya, 'Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Lebih Baik DI Negeri Sendiri'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment