Bukan mudah mencipta mencari gol jika bertemu Lion XII di Jalan Besar, apatah lagi mencipta kemenangan.
Namun, Tentera membuktikan bahawa mereka adalah tergolong dalam pasukan terbaik di Malaysia dengan mengikat Skuad Singa Kota itu dalam siri perlawanan lalu 1-1.
Misi seterusnya adalah mengekalkan rentak cemerlang itu di Selayang Khamis nanti. Biarpun rata-rata berpendapat, Tentera bakal meraih kemenangan seterusnya nanti, tetapi ianya bukanlah semudah kata-kata.
Lion XII merupakan sebuah pasukan yang sempurna di semua posisi.
Jika perhatikan, mereka juga memiliki barisan pemain yang terbaik tidak kira kesebelasan utama mahupun barisan simpanan. Kemampuan mereka mencipta jaringan dari segenap penjuru atau cara menjadi mereka antara pasukan yang digeruni lawan setakat ini.
Lions XII memiliki kekuatan boleh dikatakan diluar jangkaan pada mana ketika mereka beraksi ditahap terbaik mereka.
Ketika melayani Tentera dalam perlawanan lalu, mereka dilihat mengalami sedikit kesukaran kerana Tentera juga memiliki kekuatan yang hampir serupa. Keampuhan jentera pertahanan Tentera menjadikan Lions XII sukar menembusi kubu pertahanan. Gol Tentera yang dijaringkan oleh Marlon Alex James pula terhasil daripada serang balas yang pantas dan sukar untuk pertahanan Lions XII mengekang kemaraan penyerang prolifik seperti Marlon itu.
Jika diperhatikan, kekuatan Lions XII adalah pada corak permainan mereka yang pantas serta hantaran-hantaran tepat kepada rakan mereka. Ini dibantu oleh skil individu yang tinggi. Selain itu, set pieces mereka cukup merbahaya tidak kira dari sudut mana mereka perolehi sepakan percuma. Hantaran bola pasti tepat kepada target man dan kebarangkalian untuk jaringan gol amat tinggi.
Untuk perlawanan akan datang, Tentera tidak perlu gusar dan hanya perlu mengekalkan corak permainan seperti biasa. Biarkan Lions XII dengan permainan mereka. Jika tidak, corak permainan Tentera akan terganggu sekali gus bakal menyaksikan Loins XII mencipta kejutan di Selayang nanti.
No comments:
Post a Comment