Jika disingkap tranfomasi dan perubahan yang cuba diimplimenkan oleh PBAT, ianya dilihat mula agresif di penghujung musim 2009. PBAT mula merencana hala tuju pasukannya dalam memastikan mereka setara dengan pasukan-pasukan lain.
Pasukan Tentera ini dilihat masih tercari-cari kejuaraan biarpun misi utama pada 2010 dan 2011 untuk layak ke Liga Super masih gagal. Musim 2010, Tentera berjaya memikat pemain-pemain yang berkelas tinggi dan bekas bintang bolasepak tanahair. Namun begitu, itu belum cukup untuk mereka menggapai misi yang ditetapkan PBAT.
Prestasi Tentera dijangka meningkat pada musim 2011, sebaliknya, mereka gagal menempatkan diri dalam kelompok teratas sekali gus gagal ke saingan Piala Malaysia 2011. Namun, Tentera tetap optimis dengan menggunakan masa yang ada untuk memperkemaskan jentera mereka di akar umbi.
Pengkhabaran gembira buat peminat Tentera apabila PBAT mengisytiharkan bekas jurulatih kebangsaan yang juga mantan pengendali pasukan tersohor Kelantan sebagai Jurulatih baru pasukan tidak lama dahulu. B Santhianathan dengan tangan terbuka menerima lamaran Tentera untuk meneruskan perjuangan demi merealisasikan misi Tentera menakluk Liga Premier 2012 nanti.
Ketika B Santianathan dilantik secara rasmi, ramai pihak sudah mula mencongak dan menjangkakan langkah seterusnya Santhianathan untuk memperkemaskan barisan pemainnya. Besar kemungkinan pihak PBAT memberi mandat untuk beliau memilih pemain-pemain yang patut diambil untuk memperkasakan pasukan Tentera musim depan.
Jika dilihat senarai pendek yang dikeluarkan ketika ini, mereka-mereka yang dijangka menyarung jersi keramat Tentera terdiri daripada mereka yang memiliki nama besar dalam bolasepak tanahair.
IndraPutra Mahyuddin, Hairuddin Omar, Norfarhan, Haris Safwan dan besar kemungkinan kembar N.Sembilan Aidil dan Zaquan turut menyertai Tentera.
Nama-nama ini dilihat memiliki mutu permainan yang terbaik setakat ini. Hairuddin Omar atau Hai-o dilihat semakin menjadi ketika bersama N.Sembilan dalam aksi Final Piala Malaysia 2011 lalu. Begitu juga dengan Indra Putra yang banyak menjaringkan gol membantu T-Team musim 2011 lalu.
Dengan pengkhabaran ini, pelbagai spekulasi timbul di blog-blog dan media massa. Ada pendapat mengatakan Tentera sebagai pasukan 'mee segera'. Mereka mula menyamakan Tentera dengan KM Naza, MK Land iaitu pasukan bolasepak berstatus kelab suatu ketika dulu yang pernah mencipta nama. Dek kerna kewangan yang mewah ketika itu, pasukan-pasukan ini meningkat naik, tetapi hanya bersifat sementara. Akhirnya pasukan-pasukan itu berkubur begitu sahaja.
Tetapi, banyak pihak menaruh kepercayaan yang ditinggi terhadap PBAT yang sudah semestinya memiliki perancangan jangka panjang yang teliti dalam memastikan pasukan Tentera terus gah dipersada bolasepak tanahair.
Bukanlah sesuatu yang mustahil. Kita perlu realistik ketika ini sejajar dengan trend yang diamalkan dalam sukan bolasepak profasional. Nadi sesebuah pasukan bolasepak tidak kira apa jua status kelab atau negeri, iaitulah pentadbiran KEWANGAN. Pihak pengurusan perlu peka dengan kewangan agar ianya terurus bukan sahaja pada saat dan ketika itu, malah demi masa depan.
Pihak penaja juga ada pendirian masing-masing dan menetapkan syarat-syarat tertentu untuk mereka kekal menaja sesebuah pasukan. Asas utama adalah PRESTASI pasukan. Tidak perlulah dihuraikan panjang lebar berkenaan itu kerana kita sendiri tahu akan perkara itu.
Biar apa pun yang berlaku, pokok pangkalnya perlu optimis, yakin dan konsisten. Insya Allah, impian akan menjadi nyata. ATM bakal menggegar di musim 2012. Adakah ini akan berlaku? Segala terletak di bahu PBAT dan barisan kejurulatihannya serta para pemain.
hahaaha..harapan jer la.. (rumadbro?1~)
ReplyDeleteYe saudara Rumadbro..It's Better Than Never.
ReplyDelete