12 October 2011

Piala Malaysia 2011 | Sekilas Pandang



Berikut adalah keputusan Suku Akhir Pertama 10 Oktober 2011 :

Selangor (3) V Perak (1)
Terengganu (3) V Kelantan (1)
Felda (1) V N.Sembilan (0)
Sabah (1) V T-Team (2)

Pusingan Kedua akan berlangsung pada Jumaat 14 Oktober 2011.

Bayangan separuh akhir semakin jelas. Namun begitu masih ada 90 minit untuk semua pasukan mencatur strategi meraih kemenangan mutlak. Bagi Selangor dan Terengganu, biarpun sebelah kaki sudah terhulur ke separuh akhir akhir, mereka perlu sedar bahawa tekanan bermain di gelanggang lawan boleh mengubah corak permainan mereka.

Kelantan dan Perak, sememangnya memiliki rekod baik bermain digelanggang sendiri. Ditambah pula dengan penyokong yang fanatik yang pasti akan menguji kekuatan mental para pemain.

Bagi Felda United, gol awal bakal menyelamatkan mereka sekiranya itu yang mereka berjaya lakukan. Corak permainan bertahan nanti hanya akan mengundang padah. Oleh yang demikian, mereka perlu bermain secara biasa untuk memastikan pasukan mereka layak ke separuh akhir yang merupakan sejarah kelab mereka.

T-Team dilihat selesa, dengan 2 gol di gelanggang lawan. Sabah perlu mencari dua gol untuk menang di Kuala Terengganu nanti. Bukanlah mustahil untuk anak-anak buah Justin Ganai yang dilihat mempamerkan peningkatan sejak saingan Piala Malaysia 2011 ini berlangsung.

No comments:

Post a Comment