04 July 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 | Chinese Taipei V Malaysia

Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 setelah menang dengan agregat kelebihan gol di tempat lawan semalam. Lawan Malaysia seterusnya adalah Singapura.

Biarpun tewas 3-2 di Stadium Perbandaran Taipei semalam, namun kelebihan 2 gol hasil hasil cantik Aidil Zafuan dan Safiq Rahim dari sepakan percuma sudah cukup membawa Malaysia ke pusingan seterusnya.


Malaysia memulakan permainan dengan baik sekali berbeza dengan aksi di Bukit Jalil tempohari. Biarpun, Taiwan mengasak bertubi-tubi namun itu tidak mematahkan semangat Malaysia mencari gol pembukaan, yang hadir melalui sepakan percuma menarik Aidil Zafuan dari jarak lebihkurang 35 meter dari pintu gol Taiwan pada minit ke 7.

Safiq Rahim selepas itu menambah gol biarpun Taiwan menyamakan kedudukan 1-1 melalui sepakan percuma betul-betul di luar kotak D taiwan berjaya memperdaya penjaga gol lawan untuk mendahului 1-2.

Sebelum tamat separuh masa, taiwan pula dihadiahkan sepakan penalti dan kedudukan terikat 2-2 sehingga tamat babak pertama.

Babak kedua, permainan didominasi Taiwan dan pertahanan Malaysia dilihat ampuh mengekang asakan serangan lawan. Taktik kotor Taiwan berjaya memperdaya pengadil dan menghadiah 2 penalti yang mana salah satunya berjaya di nafikan Sharbinee Alawi yang beraksi baik sepanjang perlawanan. dikala kedudukan 3-2, Malaysia tidak mengamal permainan bertahan 100% sebaliknya menggandakan serangan dengan melakukan serang balas namun bola tidak berjaya menerjah jaring.

Secara keseluruhannya, Malaysia hampir-hampir menjadi mangsa keputusan Pengadil yang dilihat agak berat sebelah. Keputusan yang dibuat mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak.

Secara peribadi, penulis mengatakan Malaysia sememangnya layak untuk menang dengan kualiti permainan yang baik dan kerja keras yang dipamerkan. Peningkatan demi peningkatan jelas terpampang, cuma agak kecewa apabila penyerang Malaysia tidak menjaringkan gol membayangkan betapa berjayanya pertahanan Taiwan mengekang kemaraan penyerang kita. Namun, kebijaksaan Safiq dan Aidil yang menggunakan peluang yang ada untuk menghasilkan 2 gol yang amat berharga.

Syabas kepada semua, ini adalah hasil kerja sepasukan. Kami penyokong sememangnya berhak untuk meraikan kejayaan ini. Inilah skuad kebangsaan terbaik dan penulis amat yakin, kita akan mara kepusingan seterusnya jika sikap positif sebegini diteruskan.

No comments:

Post a Comment