Semalam, Pilihan Malaysia boleh dikatakan berjaya biarpun Chelsea FC memperoleh gol melalui Drogba yang dikatakan penuh kontroversi.
Namun itu cuma masalah yang pada saya amat 'minor'. Semalam, saya amat teruja menyaksikan aksi anak-anak Ong Kim Swee beraksi, terutama ketika separuh masa kedua. Saya cuba mencari 'point' untuk memuji pemain-pemain senior yang beraksi diawal babak pertama, tetapi terlalu sedikit, sekalung tahniah berhak hanya untuk Farizal Marlias (PG), Subramaniam (DF) dan Hafiz Zamani (DF). Mereka bertiga dilihat punca Chelsea gagal mencari gol semalam. Tahniah. Diharap Dato' K Rajagobal menilai semula ketiga-tiga pemain ini untuk dipanggil semula ke dalam skuad senior kebangsaan.
Saya amat dukacita menyaksikan aksi pemain senior yang dikatakan berpengalaman semalam. Aksi yang kurang keyakinan dipamerkan. Tahniah kepada Bek Kiri semalam Zubir dan Wan Zack Haikal yang banyak membuat larian dan memberi cabaran kepada lawan. Secara keseluruhan, babak pertama, pertahanan kita baik, tetapi bahagian tengah gagal sama sekali.
Babak kedua, saya amat mengharapkan semua 'anak-anak Harimau Malaya' masuk sekali gus. Tetapi, Ong Kim Swee bijak, menyerap sedikit demi sedikit anak-anak Harimau masuk dikala corak permainan bertambah baik. Hasilnya, kita disajikan dengan jolokan menarik dan larian mengelirukan berkualiti serta berjaya melepasi pertahanan lawan terhasil.
Inilah bezanya Anak-anak Ong Kim Swee dengan pemain senior yang bermain di babak pertama. Mereka dilihat lebih fokus, yakin dan bijak. Disamping itu, kemahiran individu turut membantu mereka membina keyakinan diri.
Saya amat teruja menyaksikan percubaan Wan Zack Haikal dan Tamilarasu yang hampir-hampir mengikat lawan semalam. Terdetik dalam hati mengatakan, ini lah pewaris bolasepak Malaysia, hasil didikan di Slovakia. Mereka yakin dan tidak peduli siapa lawan mereka.
Jelas, daripada pengulas TV semalam, mereka tidak dapat meluahkan kata-kata selain pujian melambung dan keterujaan mereka dan diterjemah dengan sorakan penyokong yang memberi penghormatan kepada pemain-pemain terutama kepada Farizal Marlias yang cemerlang semalam.
Daripada tiga Asian Tour Kelab Liga Inggeris, perlawanan ini boleh dikatakan The Best, dan sama juga dengan perlawanan dengan Liverpool yang menyaksikan 9 gol terhasil dengan satu gol hebat daripada Safiq Rahim daripada sepakan percuma menarik.
Harapan saya, Skuad Olimpik akan bertambah matang selepas ini. Mereka hampir-hampir mengejutkan Kelab Ternama Dunia yang disaksikan hampir seluruh dunia. Saya mengatakan perlawanan semalam 0-0 tiada jaringan terhasil, Chelsea gagal menyerlahkan corak permainan sebenar hasil tekanan daripada pemain Malaysia.
Tahniah kepada semua yang bermain semalam. Kritikan sekadar berpadukan pemerhatian kasar saya, cuba bayangkan jika, Piya, SharulNizam, Joseph Kalang T, Amri Yahyah dan Hairuddin Omar dapat mempamerkan aksi seperti dalam Liga Super, sudah semestinya Chelsea akan malu kerana dikalahkan.
Apa-apa pun, penyokong gembira dengan perkembangan ini. Kalah 4-0 dengan Arsenal,6-3 dengan Liverpool dan 1-0 dengan Chelsea, memang nampak peningkatannya. Tahniah Harimau Malaya!!
No comments:
Post a Comment