04 May 2011

Rangkuman | 5 Perlawanan Terakhir Tentera

ATM seolah-olah hilang punca ketika memulakan langkah di pusingan kedua Liga Premier 2011. Mana tidaknya, mereka hanya menang sekali daripada 5 perlawanan yang lalu!

Berikut adalah rekod 5 perlawanan lalu:

18 Apr 2011 | ATM (0) Vs Sime Darby (3) - Kalah
22 Apr 2011 | ATM (0) Vs PDRM (1) - Kalah
25 Apr 2011 | MP Muar(3) Vs ATM (2) - Kalah
29 Apr 2011 | Johor (0) Vs ATM (0) - Seri
02 Mei 2011 | ATM (2) Vs SDM (1) - Menang

Jika diteliti, ATM dan Perak kini seolah-olah ditimpa malang yang sama. Lupakan hal itu.

Kini ATM harus bangkit. Kebangkitan sudah mula menampakan sinarnya dalam setiap perlawanan dengan seri 0-0 menentang Johor dan Menang dengan SDM Kepala Batas 2-1.

Pengendali ATM harus memikirkan sesuatu yang baru, dan anak-anak buahnya harus di motivasikan semula untuk mendapatkan kembali rentak. Bayangkan, diawal musim, ATM menjadi salah satu pasukan digeruni kerana undefeated. Seiring dengan PKNS. Tetapi segala hancur dipertengahan musim.

Pun Begitu, peluang masih ada. Keep it up guys! Ayuh bangkit!

No comments:

Post a Comment