29 March 2011

Liga Perdana 2011 | P.Pinang Vs ATM

Tentera bakal disambut oleh Pulau Pinang untuk perlawanan ke 7 Liga Premier 2011 di Stadium Batu Kawan Jumaat nanti. Adakah mampu Tentera mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 6 perlawanan?




Di atas kertas, tiada sebarang masalah untuk Tentera membenam Pulau Pinang yang kini menghuni tangga tercorot liga tanpa sebarang mata selepas 6 perlawanan. Kesempatan ini harus dipergunakan sebaiknya untuk menambah koleksi jaringan pasukan ATM.

Para Penyokong di Kawasan Utara dipersilakan memeriahkan perlawanan yang akan diadakan jam 1645.Kehadiran penyokong ATM akan mencetuskan semangat untuk pasukan ATM membenam skuad Harimau Kumbang itu.

Kemenangan ini dilihat penting untuk mengekalkan kedudukan sambil menghambat PKNS di tangga teratas liga dengan 16 mata. Selain itu, harus diingat, USM, Sarawak Dan PDRM ligat mengekori di belakang dengan masing-masing mengumpul 12 mata dan 10 mata untuk Sarawak dan PDRM.

Ruang untuk tempat teratas masih terbuka luas. Diharap pasukan ATM dapat mengekalkan momentum kemenangan untuk laya ke Liga Super 2012 nanti.

AYUH ATM! PANTANG UNDUR TETAP MARA!

1 comment: