31 March 2011

Keunikan 'NAMA' Dalam Bolasepak. Apa Yang Unik?


Nama, hanya satu perkataan yang mudah tapi amat bermakna dan penting dalam sukan Bolasepak di Dunia. Mana tidaknya, 'Nama' akan menjadi sebutan ketika beraksi dan setiap gerakan pemain akan diikuti dengan namanya.

Dalam konteks sukan bolasepak, nama sesebuah pasukan dan pemain selalu menjadi buah mulut setiap peminat atau sesiapa sahaja apabila menyebut, bincang, atau bercakap pasal bolasepak. Sesetengah orang hanya kenal pemain tanpa mengetahui mana pasukannya. Ada pula yang hanya tahu nama pasukan dan tidak mengetahui siapa pemain-pemainnya.


Tanpa kita sedari 'Nama-Nama' inilah yang menjadikan sukan ini semakin digilai ramai. Mengetengahkan corak permainan, pengurusan dan melahirkan nama-nama pemain yang ternama.

Bercakap pasal 'Nama' ini, satu perkara telah menjadi bualan sebelum ini, yang mana semasa Malaysia bermain untuk kelayakan Olimpik 23 Feb lalu, apabila di dalam senarai nama pemain-pemain telah tertulis 'KECIK' iaitu Wan Zaharulizam Wan Zakaria. Senarai nama berkenaan adalah senarai RASMI yang dikeluarkan AFC.

Match Commissioner dari Lebanon, M.Ramdan. Dia menggunakan nama 'Kecik' Untuk Wan Zaharulizam berpandukan rekod dalam sistem yang mana 'Kecik' telah didaftarkan di dalam sistem AFC-AC semasa beliau bermain untuk Bawah 16 Tahun AFC Championship.

AFC memperkenalkan sistem pendaftaran AFC-AC 6 tahun lalu. Ianya akan menyimpan data pemain-pemain yang berdaftar di bawah AFC. Butir-butir asas yang terkandung dalam sistem tersebut adalah Nama Sebenar(Full Nama)), Nama yang diberi (Given Name dan Nama Samaran (NickName) pemain-pemain.

Pendaftaran nama samaran atau Nicknames ini adalah bergantung kepada pemain yang berkenaan. Mereka juga berhak menukar nama samaran atau membatalkannya bila-bila masa mengikut kehendak peribadi masing-masing.

Ramdan berkata, Malaysia mungkin telah mula mengamalkan nama samaran atau nama panggilan ini. Akan tetapi, mungkin terdapat sebilangan pemain merasakan ianya tidak penting, itu terpulang kepada individu yang berkenaan.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan nama samaran ini adalah untuk memudahkan peminat mengingati mereka atau menyebut nama mereka. Di samping itu, boleh menaikkan nama mereka seiring dengan keupayaan mereka serta menaikkan semangat untuk terus bermain dengan lebih baik.

Siapa Kenal dengan 'Ricardo Izecson dos Santos'? Siapa tidak kenal 'KAKA'? Walhal dua nama tadi adalah milik individu yang kita kenali sebagai KAKA. Asalnya gelaran Kaka adalah kerana dia mula pandai bermain bolasepak ketika usianya 8 tahun. Sejak itu, nama sebenarnya mula dilupakan oleh semua yang mengenalinya.

Pada 2004, Kaka dipilih sebagai Ambassador for United Nations World Food Program. Nama KAKA yang dulunya hanya budak 8 tahun yang tidak dikenali langsung kini dikenali oleh dunia bukan sahaja dalam bolasepak malah keseluruhannya.

Seorang lagi bintang yang mempunyai nama samaran seakan-akan KECIK adalah 'Manuel Francisco dos Santos', atau lebih dikenali sebagai “Garrincha” atau dalam bahasa Portuguese “little bird”.

Memang tidak adil jika kita banding Kecik dengan Kaka atau Garrincha. Namun begitu teras utama yang perlu dilihat adalah keupayaan serta kebolehan pemain berkenaan. Siapa tahu suatu hari nanti KECIK akan glamor dan menjadi nama besar dalam bolasepak dunia? Paling tidak pun di peringkat ASIA atau Asia Tenggara.


Pun begitu, ada pihak yang berpendapat nama KECIK adalah tidak sesuai dan ianya bukanlah amalan atau budaya di sini. Tetapi, perlu diingat, berapa ramai rakan yang kita panggilnya dengan nama sebenar?

Sumber Dari:

Laman Web Rasmi F.A.M

No comments:

Post a Comment